Connect with us

Terkini

Masjid, surau solat hajat untuk rakyat Palestin

Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat hari ini susulan peristiwa serangan polis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Masjid, surau solat hajat untuk rakyat Palestin
Foto: Datuk Dr Mohd Na'im Mohktar (tengah).
  • Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat hari ini susulan peristiwa serangan polis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa semalam.
  • Solat hajat melibatkan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu, bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar 
  • “Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta melaksanakan solat hajat pada tarikh yang sama,” katanya dalam kenyataan semalam.
  • Menurut Mohd Na’im, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel itu kerana disifatkan sebagai biadab serta amat tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR: Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat hari ini susulan peristiwa serangan polis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar berkata solat hajat melibatkan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu, bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

“Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta melaksanakan solat hajat pada tarikh yang sama,” katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam media melaporkan polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis sebelum waktu subuh, mengakibatkan tujuh daripada mereka cedera sementara 200 rakyat Palestin ditahan.

Menurut Mohd Na’im, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel itu kerana disifatkan sebagai biadab serta amat tidak bertanggungjawab.

“Malah tindakan tersebut berulang setiap tahun ketika umat Islam menjalani ibadah di bulan Ramadan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author