Connect with us

Terkini

(VIDEO) Kewujudan sekolah persendirian Cina: “kerajaan sendiri galak perpecahan negara,” – Prof Ahmad Murad Merican

Sarjana Media dan Sejarah, Profesor Ahmad Murad Merican menyifatkan bahawa sistem sekolah swasta, dari mula negara terbentuk, telah menentang secara sistematik  amalan perpaduan negara.

Wartawan TMT

Published

on

Kewujudan sekolah persendirian Cina: “kerajaan sendiri galak perpecahan negara,” - Prof Ahmad Murad Merican
Foto: Sarjana Media dan Sejarah, Profesor Ahmad Murad Merican.
  • Sarjana Media dan Sejarah, Profesor Ahmad Murad Merican menyifatkan sistem sekolah swasta, dari mula negara terbentuk, telah menentang secara sistematik  amalan perpaduan negara.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas bantuan kerajaan kepada sekolah persendirian Cina yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
  • “Ini (pemberian peruntukan) sebagai bukti Melayu tidak angkuh dalam membantu sekolah persendirian Cina sebaliknya ia membuktikan bahawa Melayu menerima ‘keangkuhan’ bangsa lain dalam membina negara bangsa.”
  • Kewujudannya (sekolah persendirian Cina) bermaksud kerajaan sendiri menggalakan perpecahan negara bangsa Melayu satu negara dua bangsa.
  • “Jika Ini bertujuan menampilkan doktrin multiculturalisme (kepelbagaian kaum), Ia telah wujud dalam sistem sekolah kebangsaan. Gunakan sumber itu untuk memperbaiki sistem kebangsaan. Bukan sistem sekolah swasta, tegasnya .

KUALA LUMPUR, 27 April 2023 – Sarjana Media dan Sejarah, Profesor Ahmad Murad Merican menyifatkan bahawa sistem sekolah swasta, dari mula negara terbentuk, telah menentang secara sistematik  amalan perpaduan negara.

“Ini adalah sistem sekolah swasta berkenaan secara sistematik dari mula negara terbentuk, telah menentang secara sistematis amalan perpaduan negara.

Beliau berkata demikian ketika mengulas bantuan kerajaan kepada sekolah persendirian Cina yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Ini (pemberian peruntukan) sebagai bukti Melayu tidak angkuh dalam membantu sekolah persendirian Cina sebaliknya ia membuktikan bahawa Melayu menerima ‘keangkuhan’ bangsa lain dalam membina negara bangsa.

Menurut Ahmad Murad lagi, kewujudannya (sekolah persendirian Cina) bermaksud kerajaan sendiri menggalakan perpecahan negara bangsa Melayu satu negara dua bangsa.

Advertisement

“Dalam hal ini pun Melayu protes Melayu tidak menyerlah. Tidak angkuh. Melayu rela melihat tindakan kerajaan yang dengan sendirinya menentang konsep perpaduan, ujarnya

“Jika Ini bertujuan menampilkan doktrin multiculturalisme (kepelbagaian kaum), Ia telah wujud dalam sistem sekolah kebangsaan. Gunakan sumber itu untuk memperbaiki sistem kebangsaan. Bukan sistem sekolah swasta, tegasnya.

“Golongan tersebut anti perpaduan, rasis dan ekstremis, ujarnya.

Terdahulu, pada 21 April, kerajaan telah meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara. Ia telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebanyak RM 15.75 juta.

Sumber: Malayadaily.com

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending