Connect with us

Terkini

Cadangan singkatkan tempoh tunaikan haji akan naikkan kos – Menteri Agama

Cadangan memendekkan tempoh mengerjakan haji, terutamanya bagi jemaah muassasah tidak dapat membantu Tabung Haji (TH) mengurangkan kos ibadat berkenaan, malah hanya akan menaikkan kos.

Wartawan TMT

Published

on

Cadangan singkatkan tempoh tunaikan haji akan naikkan kos – Menteri Agama
Foto: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Cadangan memendekkan tempoh mengerjakan haji, terutamanya bagi jemaah muassasah tidak dapat membantu Tabung Haji (TH) kurangkan kos ibadat berkenaan, malah hanya akan menaikkan kos.
  • Memendekkan tempoh menyebabkan jemaah haji menginap di Makkah dan Madinah semasa waktu kemuncak haji, sekali gus menyumbang kepada kenaikan kos. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
  • “Bagi pakej jemaah haji muassasah yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji, tempoh mereka ada di tanah suci di antara 40 hingga 45 hari.Tempoh ini mengambil kira jadual penerbangan carter (khas) yang diluluskan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
  • “Secara amnya dengan memendekkan tempoh pakej muassasah, ini bermakna jemaah haji yang akan ke Arab Saudi akan mula menginap di Makkah dan Madinah pada waktu puncak, iaitu harga tiket penerbangan dan sewaan bangunan amat tinggi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Cadangan memendekkan tempoh mengerjakan haji, terutamanya bagi jemaah muassasah tidak dapat membantu Tabung Haji (TH) mengurangkan kos ibadat berkenaan, malah hanya akan menaikkan kos.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata memendekkan tempoh menyebabkan jemaah haji menginap di Makkah dan Madinah semasa waktu kemuncak haji, sekali gus menyumbang kepada kenaikan kos.

“Bagi pakej jemaah haji muassasah yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji, tempoh mereka ada di tanah suci di antara 40 hingga 45 hari.Tempoh ini mengambil kira jadual penerbangan carter (khas) yang diluluskan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

“Secara amnya dengan memendekkan tempoh pakej muassasah, ini bermakna jemaah haji yang akan ke Arab Saudi akan mula menginap di Makkah dan Madinah pada waktu puncak, iaitu harga tiket penerbangan dan sewaan bangunan amat tinggi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemuka oleh Senator Datuk Mohd Hisham Yahaya yang bertanya sama ada kerajaan bersedia mempertimbang cadangan mengkaji semula tempoh ibadah haji bagi mengurangkan kos menunaikan ibadat itu.

Menurut Mohd Na’im, TH berusaha untuk mengawal kenaikan kos dengan perjanjian kontrak jangka panjang yang dimeterai bersama beberapa pihak di Arab Saudi membabitkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan pelbagai perkhidmatan lain.

Katanya, dengan cara itu harga dapat ditetapkan untuk satu tempoh masa dan tidak dinaikkan setiap tahun.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah meningkat kepada RM30,850 tahun ini berbanding RM28,623 tahun lalu. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending