Terkini
Tiga akta dipinda tambah baik perlindungan kanak-kanak mangsa jenayah seksual
Kerajaan akan meminda tiga akta bagi menambah baik perlindungan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dan menjamin keadilan kepada mangsa.
- Undang-undang itu adalah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792); Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) dan Akta Keterangan 1950 (Akta 56). – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
- Katanya, pindaan akan dilaksanakan menerusi dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan pembentangan pindaan Akta 792 dan Akta 676 di Parlimen pada sesi kali ini, manakala Akta 56 akan dilaksanakan pada sesi akan datang selepas selesai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.
- “Antara cadangan pindaan akan dibuat adalah memperkenalkan langkah tambahan mesra kanak-kanak untuk melindungi mangsa kanak-kanak, mewujudkan kesalahan baharu dan memperuntukkan pampasan kepada mangsa kanak-kanak,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meminda tiga akta bagi menambah baik perlindungan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dan menjamin keadilan kepada mangsa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata undang-undang itu adalah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792); Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) dan Akta Keterangan 1950 (Akta 56).
Katanya, pindaan akan dilaksanakan menerusi dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan pembentangan pindaan Akta 792 dan Akta 676 di Parlimen pada sesi kali ini, manakala Akta 56 akan dilaksanakan pada sesi akan datang selepas selesai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.
“Antara cadangan pindaan yang akan dibuat adalah memperkenalkan langkah tambahan mesra kanak-kanak untuk melindungi mangsa kanak-kanak, mewujudkan kesalahan baharu dan memperuntukkan pampasan kepada mangsa kanak-kanak.
“Pindaan perundangan yang bakal dilaksanakan ini adalah perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah terhadap kanak-kanak di Malaysia, selain menunjukkan komitmen kerajaan untuk sentiasa terbuka ke arah pembaharuan dan penambahbaikan sistem perundangan dan keadilan di negara ini.
“Reformasi yang dicadangkan diharap membantu mangsa atau saksi kanak-kanak daripada mengalami trauma berpanjangan akibat terpaksa melalui proses perbicaraan yang berpanjangan, berulang-ulang dan sistem kehakiman yang bersifat tidak mesra kanak-kanak,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Lebih 2,000 terbunuh di Lubnan akibat serangan Israel
Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
- Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
- Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
- “Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
- “990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.
Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
“990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.
“Jawatankuasa kecemasan kementerian akan bertanggungjawab menerima bantuan antarabangsa dan mengagihkannya kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh wilayah, melalui mekanisme yang jelas dan telus,” kata menteri itu.
Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Lubnan terhadap apa yang didakwa rejim zionis itu sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September lalu, membunuh lebih 1,250 orang dan mencederakan 3,618 yang lain.
Kempen serangan udara itu adalah peningkatan dalam peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan tindakan genosid Tel Aviv di Gaza yang telah membunuh hampir 42,000 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan balas Hamas ke atas Israel tahun lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini20 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini23 hours ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa2 days ago
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza