Connect with us

Terkini

Tiada rancangan mansuh Akta Hasutan – Ramkarpal

Kerajaan tidak bercadang memansuhkan Akta Hasutan ketika ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada rancangan mansuh Akta Hasutan - Ramkarpal
Foto: Ramkarpal Singh.
  • Kerajaan tidak bercadang memansuhkan Akta Hasutan ketika ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.
  • “Kita tidak menolak kemungkinan itu, namun mungkin ia masih jauh lagi.” katanya.
  • Dalam manifesto pilihan raya umum lalu, Pakatan Harapan berkata, gabungan itu akan menyemak dan memansuhkan peruntukan drakonian dalam akta berkaitan yang boleh disalahgunakan untuk mengekang kebebasan bersuara seperti Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

PETALING JAYA: Kerajaan tidak bercadang memansuhkan Akta Hasutan ketika ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.

“Bukan ketika ini,” katanya pada wawancara BFM The Breakfast Grille, pagi tadi. “Kita tidak menolak kemungkinan itu, namun mungkin ia masih jauh lagi.”

Dalam manifesto pilihan raya umum lalu, Pakatan Harapan berkata, gabungan itu akan menyemak dan memansuhkan peruntukan drakonian dalam akta berkaitan yang boleh disalahgunakan untuk mengekang kebebasan bersuara seperti Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Pengkritik Akta Hasutan berkata, takrifan terkandung dalam akta itu terlalu luas dan digunakan bagi menyekat dialog dan melenyapkan suara kritikan.

Mengulas berhubung kontroversi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Ramkarpal berkata, perbincangan sedang berlangsung membabitkan polis, NGO, dan peguam mengenai langkah menambah baik peruntukan itu.

“Kami akan mengadakan lebih banyak libat urus, dan saya berharap kita mampu melengkapkannya dalam tempoh beberapa bulan lagi serta dapat mengemukakan syor bagaimana undang-undang itu boleh ditambah baik,” katanya.

“Saya merupakan peguam jenayah sebelum ini, dan saya pernah menangani kes berkaitan Sosma di mana saya dapat lihat kelemahannya (Sosma). Saya fikir penting untuk dibincangkan dengan semua pemegang taruh, termasuk mereka yang pro-Sosma, bagi mencari penyelesaian.”

PH berjanji memansuhkan peruntukan drakonian bawah Sosma, yang memberi kuasa meluas terhadap pihak subversif, pemberi ancaman kepada ketenteraman awam, dan tindakan keganasan, sabotaj serta pengintipan, dalam manifesto PRU 2018.

Pengkritik Sosma merujuk kuasa penangkapan dan penahanan tanpa waran oleh pegawai polis jika mereka percaya individu itu terbabit dalam kesalahan melibatkan keselamatan.

Polis juga dibenarkan menahan suspek dikatakan terlibat kegiatan keganasan bagi tempoh tidak melebihi 28 hari untuk siasatan tanpa arahan mahkamah.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Terkini

Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber – Cisco

Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.
  • Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.
  • “Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.
  • “Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.

Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Kos terpaksa ditanggung akibat ketidaksediaan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan 73 peratus responden mengatakan mereka mengalami insiden berkaitan dalam tempoh 12 bulan lepas dan 44 peratus mengatakan terpaksa menanggung kos sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).

“Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.

“Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

Cisco berkata syarikat mesti memacu pelaburan lebih berkesan dalam sekuriti, termasuk menggunapakai langkah sekuriti berinovatif dan pendekatan platform sesuai bagi menangani cabaran dalam landskap masa kini,

Pengurusan syarikat juga digalakkan mengukuhkan kemampanan rangkaian menggunakan penjanaan teknologi pembuatan dan meningkatkan pengambilan pekerja bagi merapatkan jurang dalam kemahiran keselamatan siber.

“Landskap cabaran hari ini lebih rumit berbanding dahulu dan organisasi global, termasuk mereka di Malaysia masih lambat untuk meningkatkan kemampanan siber mereka.

“Syarikat perlu menggunakan pendekatan platform yang akan memberikan paparan tunggal yang mudah, selamat serta menyeluruh ke dalam infrastruktur mereka demi mengukuhkan postur keselamatan mereka dan memanfaatkan peluang yang datang dengan teknologi baru muncul dengan sebaik-baiknya,” kata Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Hana Raja. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending