Connect with us

Terkini

Tiada ‘laluan khas’ untuk penceramah, pendakwah sampaikan kuliah di Selangor

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz berkata, sebaliknya mereka harus mengikuti prosedur yang telah ditetapkan dengan mempunyai pentauliahan dari negeri ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada ‘laluan khas’ untuk penceramah, pendakwah sampaikan kuliah di Selangor
Foto: Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz.
  • Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz berkata, sebaliknya mereka harus ikut prosedur yang telah ditetapkan dengan mempunyai pentauliahan dari negeri ini.
  • Malah katanya, tiada pengiktirafan kepada mana-mana tauliah dari negeri lain boleh digunakan di Selangor.
  • “Tidak boleh dan tiada special lane (laluan khas). Walaupun dia amat popular tetapi kena semak syarat-syarat lain. Hendak mengajar agama, kena pastikan betul-betul mengetahui (hal agama),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Forum Kekeluargaan Undang-Undang dan Pencerahan Undang-Undang berkaitan Poligami, semalam.
  • Menurut Abdul Aziz, terdapat beberapa syarat untuk dapatkan tauliah ceramah di Selangor termasuk beragama Islam dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, berumur 18 tahun ke atas, sempurna akal dan mempunyai pengetahuan agama Islam sekurang-kurangnya di peringkat atau pendidikan empat sanawi.

SHAH ALAM – Tiada ‘laluan khas’ disediakan kepada mana-mana penceramah atau pendakwah sekalipun yang popular dalam menyampaikan kuliah mereka di Selangor.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz berkata, sebaliknya mereka harus mengikuti prosedur yang telah ditetapkan dengan mempunyai pentauliahan dari negeri ini.

Malah katanya, tiada pengiktirafan kepada mana-mana tauliah dari negeri lain yang boleh digunakan di Selangor.

“Tidak boleh dan tiada special lane (laluan khas). Walaupun dia amat popular tetapi kena semak syarat-syarat lain. Hendak mengajar agama, kena pastikan betul-betul mengetahui (hal agama).

“Kalau (tauliah) Selangor di Selangor sahaja. Kita pakai yang dapat di Selangor sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Forum Kekeluargaan Undang-Undang dan Pencerahan Undang-Undang berkaitan Poligami, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan pelbagai pihak yang masih mempersoalkan berhubung larangan ceramah oleh pendakwah selebiriti termasuk Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Wadi Annuar.

Menurut Abdul Aziz, terdapat beberapa syarat untuk mendapatkan tauliah ceramah di Selangor termasuk beragama Islam dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, berumur 18 tahun ke atas, sempurna akal dan mempunyai pengetahuan agama Islam sekurang-kurangnya di peringkat atau pendidikan empat sanawi.

Ujarnya, setiap daripada mereka juga akan melalui proses ujian bertulis dan temuduga serta tapisan dari Jawatankuasa Tauliah yang dipengerusikan Mufti Selangor.

“Ada prosedurnya, boleh mohon dan bukan terlalu susah. Lama atau tidak bergantung dan kalau semua teratur dengan temubual dan bertulis pun okay ( jadi lulus).

“Setakat 7 Disember tahun lalu merekodkan seramai 5,642 penceramah yang mendapat tauliah di Selangor. Tempoh bagi satu-satu pentauliahan adalah tiga tahun,” jelasnya. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *