Connect with us

Terkini

Tiada akta lindungi penyewa di Malaysia

Pusat penyelidikan The Centre mendedahkan sehingga kini Malaysia masih belum membentuk sebarang akta perlindungan bagi golongan penyewa rumah seperti yang telah dikuatkuasakan di negara-negara luar lain.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada akta lindungi penyewa di Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pusat penyelidikan The Centre mendedahkan sehingga kini Malaysia masih belum membentuk sebarang akta perlindungan bagi golongan penyewa rumah seperti yang telah dikuatkuasakan di negara-negara luar lain.
  • Penyelidik The Centre, Ahmad Fikri Ahmad Fisal berkata, ketiadaan akta itu menyebabkan penyewa berdepan dengan pelbagai risiko termasuk pengusiran tanpa sebab, hilang deposit, diskriminasi dan kenaikan kadar sewa tidak menentu.
  • “Negara kita mempunyai masalah kelompongan undang-undang berkaitan penyewaan, situasi ini berbeza dengan negara-negara lain seperti di Austra­lia, Jerman, Perancis dan negara-negara Eropah lain.
  • “Mereka telah membentuk akta di mana proses pengusiran itu tidak mudah dan pengehadan kadar kenaikan sewa rumah adalah mengikut suatu tempoh atau berpandukan kepada kadar inflasi atau ekonomi sesebuah negara,” katanya.

MELAKA – Pusat penyelidikan The Centre mendedahkan sehingga kini Malaysia masih belum membentuk sebarang akta perlindungan bagi golongan penyewa rumah seperti yang telah dikuatkuasakan di negara-negara luar lain.

Penyelidik The Centre, Ahmad Fikri Ahmad Fisal berkata, ketiadaan akta itu menyebabkan penyewa berdepan dengan pelbagai risiko termasuk pengusiran tanpa sebab, hilang deposit, diskriminasi dan kenaikan kadar sewa tidak menentu.

“Negara kita mempunyai masalah kelompongan undang-undang berkaitan penyewaan, situasi ini berbeza dengan negara-negara lain seperti di Austra­lia, Jerman, Perancis dan negara-negara Eropah lain.

“Mereka telah membentuk akta di mana proses pengusiran itu tidak mudah dan pengehadan kadar kenaikan sewa rumah adalah mengikut suatu tempoh atau berpandukan kepada kadar inflasi atau ekonomi sesebuah negara,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan ramai penyewa terhimpit setelah tuan rumah menaikkan kadar sewa sehingga RM100 berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak empat kali tahun lalu.

Jelas Ahmad Fikri, Perancis telah menggunakan kaedah menambat kadar sewa dengan kadar semasa inflasi di mana pemilik rumah yang menaikkan kadar sewa perlu merujuk kepada Rent Reference Index (Indeks Rujukan Sewa, IRL), yang dikemas kini setiap suku tahun berdasarkan harga semasa barangan.

Ujarnya, sebelum ini Akta Kediaman Sewa pernah dibincangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan Rakyat pada 2018, namun sehingga kini masih tiada perkembangan mahupun ketetapan mengenai kandungan serta garis masa.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending