Connect with us

Terkini

Subsidi bersasar tidak dilaksanakan dengan tergesa-gesa – Rafizi Ramli

Kerajaan tidak akan melaksanakan subsidi bersasar secara tergesa-gesa, sebaliknya memerlukan mekanisme yang menyeluruh supaya ia dapat dikekalkan walaupun pentadbiran negara berubah pada masa hadapan.

Wartawan TMT

Published

on

Subsidi bersasar tidak dilaksanakan dengan tergesa-gesa – Rafizi Ramli
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata ia bagi memastikan subsidi bersasar dilaksanakan lebih inklusif dan kurang risiko kekeliruan, ia akan dilaksanakan secara berperingkat selepas infrastruktur mekanisme menyeluruh dimuktamadkan.
  • “Kerajaan perlu mengimbangi antara beberapa kebimbangan yang mungkin mencetuskan konflik apabila ia dilaksanakan kelak. Ia perlu disusun dengan teratur.
  • “Pentadbiran hari ini akan melaksanakan subsidi bersasar secara berperingkat dan ia tidak tergesa-gesa supaya apabila dilaksanakan, ia akan bertahan dalam kerajaan yang berbeza,” katanya pada sidang media majlis pemeteraian MoU antara Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) dan IFP Energies Nouvelles (IFPEN) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan melaksanakan subsidi bersasar secara tergesa-gesa, sebaliknya memerlukan mekanisme yang menyeluruh supaya ia dapat dikekalkan walaupun pentadbiran negara berubah pada masa hadapan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata bagi memastikan subsidi bersasar dilaksanakan lebih inklusif dan kurang risiko kekeliruan, ia akan dilaksanakan secara berperingkat selepas infrastruktur mekanisme menyeluruh dimuktamadkan.

“Langkah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar, terutamanya membabitkan bahan api perlukan infrastruktur yang menyeluruh supaya semua dapat menerimanya.

“Kerajaan perlu mengimbangi antara beberapa kebimbangan yang mungkin mencetuskan konflik apabila ia dilaksanakan kelak. Ia perlu disusun dengan teratur.

“Pentadbiran hari ini akan melaksanakan subsidi bersasar secara berperingkat dan ia tidak tergesa-gesa supaya apabila dilaksanakan, ia akan bertahan dalam kerajaan yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) dan IFP Energies Nouvelles (IFPEN) di sini, hari ini.

Yang turut serta, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPRC, Mohd Yazid Ja’afar; serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif IFPEN, Pierre-Franck Chevet.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kebimbangan pertama yang perlu dilihat kerajaan menerusi pelaksanaan subsidi bersasar adalah memastikan ia inklusif bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan dapat memanfaatkan subsidi berkenaan.

“Kedua, kerajaan perlu memastikan bahawa kadar inflasi tidak melonjak ketara kerana apabila melaksanakan rasionalisasi subsidi, jelas sekali peruncit dan perniagaan perlu mengambil kira kos bahan api yang lebih tinggi ke dalam harga mereka.

“Jika kerajaan tidak mengimbanginya, berkemungkinan timbul masalah lain. Justeru, kerajaan memerlukan infrastruktur yang baik,” katanya.

Berhubung infrastruktur pelaksanaan, beliau menjelaskan, antara yang perlu diperhalusi kerajaan adalah pangkalan data negara termasuk yang dimiliki pihak berkepentingan lain.

“Sebagai contoh, penggunaan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak boleh digunakan sebagai pengukur kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar pendapatan rakyat apabila diselaraskan dengan kos hidup, tanggungan dan lokasi.

“Justeru, kerajaan sedang menyusun semua data yang dimiliki dan saya lihat kemajuannya berada pada landasan yang tepat.

“Kerajaan perlu menyatukan sebanyak mungkin aset pangkalan data kerana kerajaan persekutuan dan negeri memiliki banyak program bantuan berbeza. Kita mahu mengelakkan seseorang individu mendapat terlalu banyak manfaat sama ada daripada kerajaan persekutuan atau negeri,” katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata, kriteria yang akan mengukur mekanisme Cukai Barangan Mewah akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

“Jelas sekali apabila MOF meneliti perkara ini secara terperinci, kami akan membuat keseimbangan dan selebihnya akan diambil kira sebelum keputusan mengenai cukai ini dilaksanakan.

“Kita akan mengambil kira secara menyeluruh sama ada item yang bagaimana akan dikenakan cukai ini atau dari segi nilai serta kuantiti sebelum pelaksanaan dimuktamadkan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Enam bekas penuntut UPNM dihukum gantung, bunuh Zulfarhan

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini dilaporkan menjatuhi hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tujuh tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
  • Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini dilaporkan menjatuhi hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tujuh tahun lalu.
  • Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang sebulat suara membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
  • Hakim Hadhariah dilaporkan berkata hukuman mati adalah wajar dikenakan terhadap mereka kerana jenayah yang dilakukan adalah kejam.

KUALA LUMPUR — Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini dilaporkan menjatuhi hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tujuh tahun lalu.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang sebulat suara membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Hakim Hadhariah dilaporkan berkata hukuman mati adalah wajar dikenakan terhadap mereka kerana jenayah yang dilakukan adalah kejam.

“Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.

“Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak,” katanya dipetik Harian Metro ketika bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Sebelum ini, keenam-enam perayu yang juga responden dalam rayuan itu dilaporkan dihukum penjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat terhadap arwah Zulfarhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. 

Pada 15 Mei lalu, pihak pendakwaan berhujah tindakan enam bekas penuntut universiti itu mendera dan menyebabkan 80 peratus badan rakan mereka Zulfarhan melecur akibat tekapan seterika wap adalah perbuatan melampau.

Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai berhujah terdapat keterangan menunjukkan lima bekas penuntut itu atas arahan seorang lagi rakan mereka bergilir-gilir menekap seterika pada anggota badan si mati (Zulfarhan) kecuali pada bahagian muka dan belakang tapak tangan mengakibatkan beliau mengalami 90 kesan lecur yang menyebabkan kematiannya.

Sementara itu, 12 lagi tertuduh yang sebelum ini dikenakan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan, diketepikan dan digantikan hukuman penjara empat tahun.

“Dalam kes ini, kami sebulat suara mendapati faktor-faktor yang memberatkan hukuman mengatasi faktor-faktor peribadi tertuduh.

“Pada hemat kami, hukuman yang wajar ialah empat tahun penjara. Oleh itu hukuman penjara tiga tahun diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara empat tahun dari tarikh sabitan,” katanya dipetik Astro Awani.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka ketika insiden berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Zulfarhan kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending