Connect with us

Terkini

Segera luluskan RUU Kawalan Tembakau – NGO

Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa agar Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok segera dibawa ke Parlimen dan diluluskan.

Wartawan TMT

Published

on

Segera luluskan RUU Kawalan Tembakau – NGO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa agar RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok segera dibawa ke Parlimen dan diluluskan.
  • Sokongan kerajaan terhadap pelaksanaan GEG adalah penting bagi melindungi kanak-kanak dan remaja demi memastikan Malaysia dapat melahirkan generasi yang lebih sihat dan produktif. – Presiden MyWATCH, Roslizawati Md. Ali
  • “Saya merasa sungguh kesal selama ini masalah merokok terutama rokok elektronik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sukar dikawal dan telah semakin menular. Kita boleh nampak dengan jelas, anak-anak muda ini tanpa segan silu menggantung rokok elektronik di leher mereka.”
  • RUU ini perlu dibawa ke Parlimen dan diluluskan, dan seterusnya digubal (enacted) dengan segera dalam pembentukan masyarakat Madani,” katanya.

PETALING JAYA – Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa agar Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok segera dibawa ke Parlimen dan diluluskan.

Presidennya, Roslizawati Md. Ali berkata, kerajaan tidak boleh menoleh ke belakang lagi dan perlu meneruskan peruntukan Generasi Penamat atau Generational EndGame (GEG).

Kata beliau, sokongan kerajaan terhadap pelaksanaan GEG adalah penting bagi melindungi kanak-kanak dan remaja demi memastikan Malaysia dapat melahirkan generasi yang lebih sihat dan produktif.

“Saya merasa sungguh kesal selama ini masalah merokok terutama rokok elektronik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sukar dikawal dan telah semakin menular. Kita boleh nampak dengan jelas, anak-anak muda ini tanpa segan silu menggantung rokok elektronik di leher mereka.

“Lebih menjengkelkan lagi apabila mereka dengan bangganya menghembuskan wap rokok elektronik yang kononnya tidak membahayakan kesihatan.

“Justeru, RUU ini perlu dibawa ke Parlimen dan diluluskan, dan seterusnya digubal (enacted) dengan segera dalam pembentukan masyarakat Madani,” katanya.

Dalam pada itu, Roslizwati berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman berkaitan duti eksais ke atas produk atau cecair bagi rokok elektronik.

Advertisement

Bagaimanapun, jelasnya, tanpa kawalan ketat terhadap pengiklanan dan promosi produk berkenaan dan hanya bergantung kepada percukaian semata-mata tidak akan memberi kesan untuk jangka masa panjang.

“Ia mestilah mematuhi Artikel 5.3 FCTC (Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau), apatah lagi Artike 13 (Larangan Pengiklanan, Promosi dan Penajaan Tembakau),” uajrnya.

Mengulas cadangan GEG tidak sepatutnya diteruskan ekoran memberi kesan kepada perniagaan tempatan yang bernilai RM2.49 bilion, Rislizwati berkata, ia merupakan satu kenyataan yang bersifat keuntungan dan mementingkan diri.

“(Kita) perlu cakna dan sensitif, serta harus prihatin dan pelaksanaan GEG hanya melibatkan mereka yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya. Kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan jumlah pengguna rokok elektronik yang tidak tergolong dalam kumpulan generasi ini adalah lebih kurang 1 juta orang. Tak mungkin industri ini akan rugi kerana mereka masih mempunyai jumlah klien yang besar,” katanya.

Sebelum ini, RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok dibentang kali pertama di Dewan Rakyat pada Julai tahun lalu.

Menurut rang undang-undang itu, individu yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000, jika disabitkan kesalahan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending