Connect with us

Terkini

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 diluluskan – Azalina

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan memberi perlindungan terhadap saksi kanak-kanak dengan menaikkan umur kepada 18 tahun.

Wartawan TMT

Published

on

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 diluluskan - Azalina
Foto: Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Dewan Rakyat semalam meluluskan RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan memberi perlindungan terhadap saksi kanak-kanak dengan naikkan umur kepada 18 tahun.
  • RUU itu diluluskan majoriti ahli parlimen yang bersetuju selepas dibahas oleh blok kerajaan dan pembangkang ketika bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Terdahulu, dalam bacaan kali kedua itu, Azalina berkata, pindaan berkenaan bertujuan untuk meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 (Akta 676) serta turut memasukkan peruntukan bahawa pendengaran khas bagi saksi kanak-kanak memberikan keterangan serta melarang soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak.
  • Mengulas lanjut mengenai pindaan untuk pendengaran khas, Azalina berkata, ketika sesuatu kes itu sudah mendapat perhatian pihak berkuasa, kanak-kanak itu akan dipanggil untuk beri keterangan kepada pihak polis dan selepas laporan dibuat pihak berkuasa akan putuskan untuk mendakwa tertuduh di mahkamah.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan memberi perlindungan terhadap saksi kanak-kanak dengan menaikkan umur kepada 18 tahun.

RUU itu diluluskan majoriti ahli parlimen yang bersetuju selepas dibahas oleh blok kerajaan dan pembangkang ketika bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Terdahulu, dalam bacaan kali kedua itu, Azalina berkata, pindaan berkenaan bertujuan untuk meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 (Akta 676) serta turut memasukkan peruntukan bahawa pendengaran khas bagi saksi kanak-kanak memberikan keterangan serta melarang soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak.

Beliau berkata, Akta 676 tidak pernah dipinda selama 16 tahun sejak ia dikuatkuasakan, berikutan itu terdapat banyak pendekatan serta kaedah baharu yang diperkenalkan dan dilaksanakan di negara lain untuk dicontohi.

“Justeru, kerajaan berpandangan sudah tiba masa Malaysia mempelajari dan mempraktikkan amalan terbaik yang dipraktikkan di seluruh dunia dalam perkara ini bagi mempertingkatkan undang-undang kita supaya selaras dan setara dengan piawaian antarabangsa,” katanya ketika sesi bacaan kali kedua RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pindaan untuk pendengaran khas, Azalina berkata, ketika sesuatu kes itu sudah mendapat perhatian pihak berkuasa, kanak-kanak itu akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan selepas laporan dibuat pihak berkuasa akan memutuskan untuk mendakwa tertuduh di mahkamah.

“Susulan itu, kanak kanak ini mungkin terpaksa menunggu tempoh perbicaraan yang agak panjang disebabkan penangguhan yang berlaku dan akhirnya apabila dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah berkemungkinan ingatannya sudah kabur.

“Malah cara atau kaedah soal jawab oleh peguam bela yang menakutkan berkemungkinan menyebabkan tertuduh tidak berjaya disabitkan atas kesalahan dan perkara ini akan menjadi sia-sia. Suasana di mahkamah sering menakutkan orang dewasa, apatah lagi kepada kanak-kanak,” katanya.

Oleh itu, Azalina berkata, perlu adanya sesi pendengaran khas bagi membolehkan keterangan saksi kanak-kanak direkod sepenuhnya lebih awal sebelum ingatan mereka pudar.

Mengenai keperluan untuk melarang mengemukakan soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak, Azalina berkata, sesi pemeriksaan balas yang berlaku antara peguam bela dan saksi kanak-kanak di mahkamah sering dilihat sebagai satu perkara tidak adil kepada mangsa kanak-kanak kerana kurangnya sensitiviti terhadap mereka.

Katanya, peguam bela juga sengaja menggunakan struktur ayat yang mengelirukan, bertanya soalan dalam bahasa yang di luar kemampuan perkembangan saksi kanak-kanak, bertanya soalan secara berulang atau berfokus pada butiran kecil sehingga mengelirukan saksi untuk bersetuju dengan soalan utama atau menggunakan taktik mengganggu, memperdaya, menakutkan dan menghina.

“Taktik ini boleh meningkatkan potensi kesilapan ketika saksi kanak-kanak memberikan keterangan dan menyebabkan mereka mengalami tekanan yang tidak wajar.

“Bagi memastikan layanan yang adil diberikan kepada seseorang saksi kanak-kanak, pindaan ini memperuntukkan bahawa mahkamah hendaklah melaksanakan kawalan terhadap soalan yang tidak wajar kepada saksi kanak-kanak ketika sesi pemeriksaan balas,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending