Connect with us

Terkini

Pindaan RUU umur p-hailing, remaja 18 tahun dibenar hantar makanan

Kerajaan akan membawa dan meminda Rang Undang-Undang umur penghantar makanan p-hailing daripada 21 tahun kepada 18 tahun di Dewan Rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Pindaan RUU umur p-hailing, remaja 18 tahun dibenar hantar makanan
Foto: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
  • Kerajaan akan membawa dan meminda Rang Undang-Undang umur penghantar makanan p-hailing daripada 21 tahun kepada 18 tahun di Dewan Rakyat.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pindaan RUU itu penting bagi membolehkan p-hailing yang berusia 18 tahun boleh mendapatkan lesen kenderaan barangan (GDL).
  • “Kita akan membuat satu proses di mana kawal selia itu akan cukup mudah dan tidak membebankan kepada penunggang p-hailing. Janganlah bimbang dari segi umur akan diturunkan daripada 21 ke 18 ,” katanya.

SHAH ALAM: Kerajaan akan membawa dan meminda Rang Undang-Undang umur penghantar makanan p-hailing daripada 21 tahun kepada 18 tahun di Dewan Rakyat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pindaan RUU itu penting bagi membolehkan p-hailing yang berusia 18 tahun boleh mendapatkan lesen kenderaan barangan (GDL).

“Dari segi umur memang saya katakan kita akan pinda undang-undang daripada 21 tahun ke 18 tahun untuk mendapatkan GDL di Parlimen. Proses itu kemudian akan memudahkan para riders.

“Kita akan membuat satu proses di mana kawal selia itu akan cukup mudah dan tidak membebankan kepada penunggang p-hailing. Janganlah bimbang dari segi umur akan diturunkan daripada 21 ke 18 ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Townhall Rakyat bersama Menteri Pengangkutan anjuran Sinar Harian di Shah Alam pada malam Isnin.

Selain itu, Ahli Parlimen Seremban itu juga meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya melanjutkan masa operasi setiap kiosk JPJ.

Ia katanya termasuk memperluaskan peletakan kiosk tersebut di kawasan-kawasan tumpuan ramai dan strategik seperti KL Sentral dan pusat beli-belah.

Advertisement

“Buat macam syarikat telekomunikasi ataupun bank yang mana bank tutup orang ramai masih boleh menggunakan mesin ATM,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel

Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
  • Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
  • Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
  • Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.

Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.

Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.

“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.

“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius. 

Advertisement

“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella  boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending