Terkini
Pemansuhan AUKU boleh akibatkan punca kuasa penubuhan 20 IPTA terbatal – Menteri
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana akta itu ialah punca kuasa yang menghubungkan akauntabiliti institusi pengajian tinggi (IPT) kepada kerajaan dan masyarakat.
- Menteri Pendidikan, Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata akta itu ialah punca kuasa yang menghubungkan akauntabiliti institusi pengajian tinggi (IPT) kepada kerajaan dan masyarakat.
- “Berdasarkan struktur dan kandungannya, AUKU adalah akta yang sangat penting dan masih relevan khususnya dalam urusan penubuhan dan pentadbiran universiti,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, semalam.
- Menurutnya, AUKU setakat ini telah dipinda sebanyak tujuh kali dengan pindaan terakhir pada 2019, manakala dalam aspek kebebasan serta aktivisme politik pelajar, pindaan dilakukan dua kali iaitu pada 2012 dan 2019.
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) boleh mengakibatkan punca kuasa penubuhan dan tadbir urus 20 universiti awam terbatal.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana akta itu ialah punca kuasa yang menghubungkan akauntabiliti institusi pengajian tinggi (IPT) kepada kerajaan dan masyarakat.
“Berdasarkan struktur dan kandungannya, AUKU adalah akta yang sangat penting dan masih relevan khususnya dalam urusan penubuhan dan pentadbiran universiti,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurutnya, AUKU setakat ini telah dipinda sebanyak tujuh kali dengan pindaan terakhir pada 2019, manakala dalam aspek kebebasan serta aktivisme politik pelajar, pindaan dilakukan dua kali iaitu pada 2012 dan 2019.
Beliau berkata ia antara lain memberikan kebebasan penuh kepada mahasiswa untuk berpolitik sama ada di dalam dan luar kampus.
Sementara itu, katanya susulan terdapat banyak permintaan untuk sesi libat urus diadakan berhubung isu itu, kementerian bersetuju untuk menjalankan sesi berkenaan.
Mohamed Khaled berkata hal ini berikutan tujuh daripada 44 seksyen akta berkenaan ialah mengenai pelajar, maka sesi libat urus harus melibatkan antaranya pentadbiran universiti, ahli akademik, penyelidik, Majlis Profesor Negara, wakil ibu bapa dan industri.
“KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) sebenarnya tidak pernah menolak saranan penambahbaikan oleh semua pihak, malah KPT kini dalam proses meminda Seksyen 15 AUKU bagi membolehkan mahasiswa menguruskan sendiri urusan akaun dan kewangan mereka,” katanya.
Menjawab pertanyaan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta penjelasan sama ada undang-undang baharu boleh diwujudkan memandangkan AUKU telah berusia lebih 50 tahun, Mohamed Khaled berkata kementerian tidak akan mengganti sesuatu akta disebabkan akta itu sudah lama.
“Akta itu diwujudkan bukan untuk menyekat pelajar tetapi dari segi sejarah, ia diwujudkan kerana kerajaan mempunyai perancangan untuk mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Sekarang kita sudah ada 20 universiti (awam). Kalau tak ada AUKU, kita kena buat satu universiti satu akta sebab ia memerlukan punca kuasa. Kita tak nak akhirnya nak ubah AUKU tapi hanya salin kulit, dalamnya sama,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata KPT sedang membentuk jawatankuasa khas terdiri daripada tokoh berpengalaman dalam pendidikan tinggi iaitu National Review Commitee (NRC) bagi menyemak semua dasar pendidikan tinggi nasional.
Katanya, jawatankuasa itu diberikan tempoh tiga bulan untuk mengemukakan dapatan dan saranan penambahbaikan yang akan dijadikan asas untuk memperkemas, merombak dan menyusun semula hala tuju dan keutamaan sektor pendidikan tinggi negara.
Sumber: BERNAMA
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia