Connect with us

Terkini

Lebih 70 peratus aset 1MDB dikembalikan

Kerajaan sudah berjaya mendapatkan kembali lebih 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion setakat ini.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 70 peratus aset 1MDB dikembalikan
Foto: Tan Sri Azam Baki.
  • Kerajaan berjaya mendapatkan kembali lebih 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion setakat ini.
  • Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ia adalah satu kejayaan buat negara hasil kerja keras SPRM, Kementerian Kewangan (MOF) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
  • Pengesanan baki aset 1MDB masih lagi diteruskan dan ia tidak akan dihentikan.
  • “Duit yang hilang sebenarnya RM42 bilion, jadi kalau kita tengok dapat pemulangan dalam RM28.3 bilion. Baki 30 peratus kita cuba dapatkan balik secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pada satu program di sini hari ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan sudah berjaya mendapatkan kembali lebih 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion setakat ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ia adalah satu kejayaan buat negara hasil kerja keras SPRM, Kementerian Kewangan (MOF) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Beliau berkata, pengesanan baki aset 1MDB masih lagi diteruskan dan ia tidak akan dihentikan.

“Kita akan usahakan sebaik mungkin untuk kembalikan wang yang dicuri ini kepada negara.

“Duit yang hilang sebenarnya RM42 bilion, jadi kalau kita tengok dapat pemulangan dalam RM28.3 bilion. Baki 30 peratus kita cuba dapatkan balik secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pada satu program di sini hari ini.

Katanya, bagi mendapatkan baki aset ini, pihaknya akan mendapatkan kerjasama dan kepakaran pelbagai agansi lain.

Azam berkata, SPRM adalah agensi utama dalam penyiasatan kes 1MDB iaitu berperanan membekal fakta, mengeluarkan waran tangkap dan menuduh mana-mana pihak yang terbabit dalam kes ini.

Dalam perkembangan sama, Azam berkata, kejayaan memperoleh sejumlah AS$1.8 bilion dari dua firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) baru-baru ini juga satu kejayaan besar.

Sebelum ini, MOF memaklumkan IPIC dab Aabar PJS bersetuju membayar AS$1.8 bilion kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 1MDB yang dicapai dalam prosiding undang-undang yang berlangsung di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

Pada 27 November 2019, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataannya, memaklumkan 1MDB dan MKD berjaya dalam rayuannya mengetepikan Award Persetujuan terhadap IPIC dan Aabar PJS di Mahkamah Rayuan London.- UTUSAN

Sumber: Utusan 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending