Connect with us

Terkini

KPM tingkat akses sistem sokongan kesihatan mental guru – Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk meningkatkan akses sistem sokongan kesihatan mental kepada guru di seluruh sekolah.

Wartawan TMT

Published

on

KPM tingkat akses sistem sokongan kesihatan mental guru – Fadhlina
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah).
  • Kementerian Pendidikan (KPM) komited meningkatkan akses sistem sokongan kesihatan mental kepada guru di seluruh sekolah.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata KPM mengenal pasti pelbagai perkara yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental warga pendidik itu termasuk guru duka lara, beban kerja, dan tekanan lain.
  • “Apabila saya memasuki KPM, isu kesihatan mental guru terus diperkasa dan akses mendapatkan bantuan ini sangat penting tidak kira di mana pun ia menjadi keutamaan untuk diwujudkan.
  • “Kedua, ia tidak boleh bersifat kepada guru sahaja, murid-murid juga perlukan sokongan dan ini membawa kepada perkara ketiga yang sedang kita laksanakan iaitu memastikan penglibatan guru-guru bimbingan di mana mereka harus terus meningkat kepada guru kaunseling sekali gus meningkatkan profesionalisme dalam menguruskan isu-isu kesihatan mental secara fokus,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI dalam Program 100 Hari Kerajaan Perpaduan pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk meningkatkan akses sistem sokongan kesihatan mental kepada guru di seluruh sekolah.

Menurut menterinya Fadhlina Sidek, KPM mengenal pasti pelbagai perkara yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental warga pendidik itu termasuk guru duka lara, beban kerja, dan tekanan lain.

“Apabila saya memasuki KPM, isu kesihatan mental guru terus diperkasa dan akses mendapatkan bantuan ini sangat penting tidak kira di mana pun ia menjadi keutamaan untuk diwujudkan.

“Kedua, ia tidak boleh bersifat kepada guru sahaja, murid-murid juga perlukan sokongan dan ini membawa kepada perkara ketiga yang sedang kita laksanakan iaitu memastikan penglibatan guru-guru bimbingan di mana mereka harus terus meningkat kepada guru kaunseling sekali gus meningkatkan profesionalisme dalam menguruskan isu-isu kesihatan mental secara fokus.

“Selain itu, kita mempunyai banyak program seperti kunjung bantu, kunjung lawat, kunjung kaunseling dan ini semua akan memastikan ekosistem berdasarkan data memastikan guru-guru berada dalam keadaan kesihatan mental yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Astro AWANI dalam Program 100 Hari Kerajaan Perpaduan, pada Rabu.

Bagaimanapun, menurut Fadhlina, untuk mewujudkan akses ekosistem kesihatan mental guru yang terjamin, kesemua kementerian perlu memainkan peranan dalam memperkasakannya.

“Saya fikir ini satu pendekatan yang semua kementerian perlu buat dan bukan KPM saja untuk ekosistem itu.

“Peringkat sekolah sekurang-kurangnya kita sedang menuju ke arah itu selari dengan slogan ‘murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera’,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending