Connect with us

Terkini

KPM sudah hasilkan 70 peratus buku teks digital

Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menghasilkan sebanyak 70 peratus buku teks digital untuk kegunaan murid dan pelajar sekolah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPM sudah hasilkan 70 peratus buku teks digital
Foto: Datuk Pkharuddin Ghazali (tengah), semasa lawatan kerja di Sekolah Jenis Kebangsaan China (SJKC) Chung Hwa semalam.
  • Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali memaklumkan penggunaan buku teks digital telah dimasukkan ke platform kelima pembelajaran dalam talian.
  • Menurutnya, bagaimanapun, KPM masih berusaha pastikan peranti-peranti mencukupi dibekalkan ke sekolah bagi membolehkan penggunaan buku teks digital diperluaskan ke seluruh negara.
  • “Sebanyak 50,000 komputer riba telah diluluskan untuk diagihkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Perolehan itu akan dibuat mengikut formula sedang diperkemaskan supaya semua sekolah mendapat bekalan komputer riba untuk digunakan bagi tujuan pengajaran khususnya dalam penggunaan buku teks digital serta lain-lain bahan.”
  • “Sekiranya berjalan lancar, perkara ini akan diselesaikan dalam tahun semasa. Kita berharap agihan akan dilakukan mengikut kesesuaian keperluan sekolah-sekolah pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja di Sekolah Jenis Kebangsaan China (SJKC) Chung Hwa di sini semalam.

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menghasilkan sebanyak 70 peratus buku teks digital untuk kegunaan murid dan pelajar sekolah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Pkharuddin Ghazali memaklumkan, penggunaan buku teks digital telah dimasukkan ke platform kelima pembelajaran dalam talian.

Menurutnya, bagaimanapun, KPM masih berusaha memastikan peranti-peranti mencukupi dibekalkan ke sekolah bagi membolehkan penggunaan buku teks digital diperluaskan ke seluruh negara.

“Sebanyak 50,000 komputer riba telah diluluskan untuk diagihkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Perolehan itu akan dibuat mengikut formula yang sedang diperkemaskan supaya semua sekolah mendapat bekalan komputer riba untuk digunakan bagi tujuan pengajaran khususnya dalam penggunaan buku teks digital serta lain-lain bahan.

“Sekiranya berjalan lancar, perkara ini akan diselesaikan dalam tahun semasa. Kita berharap agihan akan dilakukan mengikut kesesuaian keperluan sekolah-sekolah pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja di Sekolah Jenis Kebangsaan China (SJKC) Chung Hwa di sini semalam.

Mengulas lanjut, Pkharuddin memberitahu, KPM sedang bergerak ke arah melaksanakan Dasar Pendidikan Digital dan perkara tersebut dalam proses untuk dibawa kepada jemaah menteri.

Dalam pada perkembangan lain, Pkharuddin memaklumkan sebanyak 10,233 buah sekolah dibuka di seluruh negara pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan murid seramai 5,047,489 orang dan seramai 412,204 orang guru.

“Bagi sekolah-sekolah kategori A melibatkan empat negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah, sebanyak 3,044 buah sekolah dibuka dengan bilangan guru seramai 128,829 orang dan seramai 1,531,262 orang pelajar,” katanya. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *