Connect with us

Terkini

KPM jamin harga makanan di kantin sekolah tidak naik

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah seperti yang dibimbangi sesetengah pihak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPM jamin harga makanan di kantin sekolah tidak naik
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah seperti yang dibimbangi sesetengah pihak.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan, harga makanan di kantin sekolah adalah berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara pengusaha dan pihak sekolah.
  • “Sebenarnya isu makan di kantin ini tidak timbul kerana ia berdasarkan perjanjian dan garis panduan antara pihak kantin dan sekolah.”
  • “Sekiranya terdapat isu-isu tersebut mereka boleh merujuk terma-terma itu dari masa ke semasa dan kita mengambil perhatian kepada isu kos tetapi ia kena berbalik kepada garis panduan dan berbincang dengan pihak sekolah.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah seperti yang dibimbangi sesetengah pihak.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan, harga makanan di kantin sekolah adalah berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara pengusaha dan pihak sekolah.

Beliau juga menjelaskan, pihaknya akan memberi perhatian terhadap cadangan penyeragaman harga makanan dan minuman di kantin sekolah mengikut lokaliti.

“Sebenarnya isu makan di kantin ini tidak timbul kerana ia berdasarkan perjanjian dan garis panduan antara pihak kantin dan sekolah.

“Sekiranya terdapat isu-isu tersebut mereka boleh merujuk terma-terma itu dari masa ke semasa dan kita mengambil perhatian kepada isu kos tetapi ia kena berbalik kepada garis panduan dan berbincang dengan pihak sekolah.

“Ada ruang untuk perbincangan itu. Walaupun terma-terma itu sudah ada antara pihak kantin dengan pihak sekolah… ruang perbincangan tetap ada,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Fadhlina juga memberi jaminan peruntukan perbelanjaan pada tahun ini, termasuk penyelenggaraan untuk sekolah tidak akan dikurangkan.

Beliau memaklumkan, walaupun peruntukan untuk KPM menerusi Belanjawan 2023 belum diluluskan di peringkat jawatankuasa, keperluan sekolah terutama dalam kategori daif tetap menjadi keutamaan.

“Peruntukan perbelanjaan tidak akan dikurangkan, tetapi dari semasa ke semasa, kita punya formula adalah (melihat) kepada keperluan sekolah, melihat kepada keutamaan kita seperti sekolah daif.

“Kemudian kita bagi (pengagihan) peruntukan itu seperti biasa… tiada pengurangan sebab kita nak pastikan sekolah itu selamat, sekolah itu selesa,” katanya lagi.

Fadhlina memaklumkan perkara berkenaan, selepas menyempurnakan Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 pada Rabu.

Sumber: Astro Awani

Author