Connect with us

Terkini

Kes Jana Wibawa: Ada syarikat Cina terima projek kerana ‘kawan baik’ – PM

Kerajaan menegaskan keputusan untuk merunding semula projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) adalah kerana didakwa berlaku banyak pelanggaran peraturan kewangan.

Wartawan TMT

Published

on

Kes Jana Wibawa: Ada syarikat Cina terima projek kerana 'kawan baik' – PM
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan).
  • Kerajaan menegaskan keputusan untuk merunding semula projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) adalah kerana didakwa berlaku banyak pelanggaran peraturan kewangan.
  • Antara dikesan ialah terdapat syarikat Cina di Johor ‘dibumiputerakan’ dan menerima projek berkenaan hanya kerana bergelar ‘kawan baik’. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 
  • Jelas beliau kerajaan akan teruskan projek Jana Wibawa bagi bantu golongan Bumiputera.
  • Katanya, siasatan bukan sahaja melibatkan Jana Wibawa 1.0 yang dikaitkan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi juga Jana Wibawa 2.0 di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan keputusan untuk merunding semula projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) adalah kerana didakwa berlaku banyak pelanggaran peraturan kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara yang dikesan ialah terdapat syarikat Cina di Johor yang ‘dibumiputerakan’ dan menerima projek berkenaan hanya kerana bergelar ‘kawan baik’.

Begitu pun, jelas beliau kerajaan akan meneruskan projek Jana Wibawa bagi membantu golongan Bumiputera.

“Itu pun nak pertahankan, yang mesti pertahan ini projek bumiputera tetapi bagi pada Cina. Tak apa, apa dia (bagi syarikat Cina) peraturan kewangan apa itu?

“Kalau nak beri projek saya tak kisah, tapi untuk Bumiputera. Ini dikelirukan,” katanya ketika menggulung Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dalam masa yang sama, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mahu menyiasat mana-mana projek yang dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Katanya, siasatan bukan sahaja melibatkan Jana Wibawa 1.0 yang dikaitkan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi juga Jana Wibawa 2.0 di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Advertisement

“SPRM nak semak, semak. Saya tak kata harus semak hanya Jana Wibawa 1.0, kalau SPRM rasa ada bukti, Jana Wibawa 2.0 di bawah Bera, dia siasat. Saya tak suruh,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan sekali lagi berkata, pendakwaan yang dilakukan terhadap segelintir individu berhubung projek Jana Wibawa bukan bertujuan untuk menganiaya, menekan atau menzalimi sesiapa.

Paling dikesali, Ahli Parlimen Tambun itu berkata terdapat pihak yang sanggup melebelkan pertuduhan tersebut sebagai fitnah dan pendakwaan terpilih.

“Saya tahu apa erti pendakwaan terpilih tetapi mengapa dicerca kita (Kerajaan Perpaduan). Sepatutnya dituju kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara.

“Ini maknanya seolah-olah rasuah dipertahankan kerana dia kawan kita. Ini kaum kabilah asabiah ini! Tengok dulu pertuduhan, tengok dulu bukti… Betul atau tidak rasuah, betul atau tidak fitnah?

“Kalau fitnah, tak payah tunggu Pas, saya sendiri akan bangun menentang. Tetapi kalau benar ada rasuah, penyelewengan kuasa, yang Islam baca al-Quran, baca hadis, kitab… dan kerana kita pertahankan rasuah, di mana pendirian kita?,” soal Anwar.

Advertisement

Projek Jana Wibawa merupakan program khusus pembangunan kontraktor Bumiputera Tulen yang semasa pandemik COVID-19.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 dan bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan serta meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan, ia juga sebahagian usaha mencapai matlamat memperkukuh Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC).

Sumber: Berita Harian

Antarabangsa

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang

Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Foto: Gulbahar Haitiwaji (kiri), Qelbinur Sidik (kanan).
  • Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
  • Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
  • Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
  • Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.

WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.

Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.

China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.

Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.

Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.

Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.

Advertisement

Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.

Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.

“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.

Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.

Advertisement

Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.

Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.

Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.

“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending