Terkini
Kerajaan tidak bercadang mansuhkan HEP
Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti awam kerana ia memainkan peranan yang sangat penting terutamanya berhubung pembangunan mahasiswa.
- Kerajaan tidak bercadang untuk mansuhkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti awam kerana ia memainkan peranan sangat penting terutamanya berhubung pembangunan mahasiswa.
- Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata walaupun segala aktiviti dan pergerakan mahasiswa diuruskan oleh mahasiswa sendiri, HEP masih mempunyai mandat dan tanggungjawab lebih besar.
- “Tugas hakiki mereka bukan sahaja untuk menguruskan perkara-perkara bersifat mikro sebaliknya antara lain menumpukan kepada pembangunan mahasiswa, membuka jaringan kerjasama dengan masyarakat dan industri dan merancang strategi meningkatkan kebolehpasaran graduan,” katanya bagi menjawab usul tambahan Chow Yu Hui (PH-Raub) pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat semalam yang mengemukakan usul agar HEP dimansuhkan bagi memberikan lebih autonomi kepada mahasiswa.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti awam kerana ia memainkan peranan yang sangat penting terutamanya berhubung pembangunan mahasiswa.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata walaupun segala aktiviti dan pergerakan mahasiswa diuruskan oleh mahasiswa sendiri, HEP masih mempunyai mandat dan tanggungjawab lebih besar.
“Tugas hakiki mereka bukan sahaja untuk menguruskan perkara-perkara bersifat mikro sebaliknya antara lain menumpukan kepada pembangunan mahasiswa, membuka jaringan kerjasama dengan masyarakat dan industri dan merancang strategi meningkatkan kebolehpasaran graduan,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab usul tambahan dibawa Chow Yu Hui (PH-Raub) pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat semalam yang mengemukakan usul agar HEP dimansuhkan bagi memberikan lebih autonomi kepada mahasiswa.
Menurut Mohammad Yusof, sehingga kini universiti cemerlang terkemuka dunia masih mengekalkan HEP walaupun pelajar mempunyai kebebasan penuh.
Sumber: Bernama
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia