Connect with us

Terkini

Kerajaan perpaduan akan teruskan agenda RUU355 – Menteri Agama

Kerajaan bercadang untuk meneruskan perancangan pentadbiran terdahulu mengenai pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perpaduan akan teruskan agenda RUU355 – Menteri Agama
Foto: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Kerajaan bercadang meneruskan perancangan pentadbiran terdahulu mengenai pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
  • Cadangan pindaan undang-undang untuk memperkasakan mahkamah syariah itu akan dibentangkan di Parlimen pada masa yang ditetapkan.
  • Ia akan dilakukan serentak dengan pembentangan rang undang-undang lain untuk memperkenalkan akta baharu, yang dicadangkan sebagai Akta Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
  • Demikian menurut jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di Dewan Rakyat semalam.

Kerajaan bercadang untuk meneruskan perancangan pentadbiran terdahulu mengenai pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.

Menurut jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar semalam, cadangan pindaan undang-undang untuk memperkasa mahkamah syariah itu akan dibentangkan di Parlimen pada masa yang ditetapkan.

Memetik laporan The Vibes, ia akan dilakukan serentak dengan pembentangan rang undang-undang lain untuk memperkenalkan akta baharu, yang dicadangkan sebagai Akta Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau belum mengesahkan di persidangan parlimen mana perkara itu akan dibentangkan.

“Kedua-dua rang undang-undang itu akan dibentangkan bersama di Parlimen selepas mendapat kelulusan kabinet, bagi memastikan matlamat kami untuk memperkasakan mahkamah syariah dapat direalisasikan’” kata beliau ketika menjawab soalan Hassan Saad (Baling-PN) mengenai garis masa kerajaan untuk pembentangan RUU 355.

Ketika ucapan penggulungan Belanjawan 2023 di peringkat dasar minggu lalu, Na’im berkata pihaknya sedang menyediakan kertas kabinet bagi mendapatkan kelulusan kerajaan supaya rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.

Beliau juga menyatakan sudah lebih 30 tahun Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 tidak dipinda.

Advertisement

Ini bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa-PN) mengenai status rang undang-undang itu dengan ahli parlimen PAS itu turut menyatakan cadangan pindaan undang-undang terbabit hanya selangkah untuk dibentangkan di Parlimen oleh kerajaan terdahulu, sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

RUU355 adalah rang undang-undang persendirian dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2016 untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi memberi kuasa penguatkuasaan yang lebih besar kepada undang-undang.

Beliau mencadangkan supaya hukuman maksimum bagi kesalahan jenayah syariah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan berbanding hukuman maksimum sedia ada iaitu penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Walaupun rang undang-undang itu dibentangkan, namun ia tidak pernah dibahaskan di Dewan Rakyat.

Sumber: The Vibes

Advertisement

Antarabangsa

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang

Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Foto: Gulbahar Haitiwaji (kiri), Qelbinur Sidik (kanan).
  • Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
  • Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
  • Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
  • Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.

WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.

Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.

China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.

Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.

Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.

Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.

Advertisement

Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.

Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.

“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.

Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.

Advertisement

Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.

Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.

Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.

“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending