Connect with us

Terkini

Kerajaan belum noktahkan hasrat laksana semula GST – Ahmad Maslan

Kerajaan belum menoktahkan hasrat untuk melaksanakan kembali Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), namun ia tidak akan diperkenalkan semula tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan belum noktahkan hasrat laksana semula GST – Ahmad Maslan
Foto: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.
  • Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan GST akan bantu kerajaan tingkatkan pendapatan, sekali gus membolehkan lebih banyak usaha membantu rakyat, khususnya membasmi kemiskinan tegar.
  • Bagaimanapun, katanya, buat masa ini kerajaan masih mengkaji dan meneliti mengenai bilakah tempoh sesuai untuk perkenalkan semula GST.
  • “Jika ada GST, kita boleh menoktahkan kemiskinan. Bukan hanya (kategori) had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,109 boleh dinoktahkan, tapi juga yang berpendapatan RM2,208 ke bawah boleh dinoktahkan jika kita mempunyai kewangan yang banyak,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum menoktahkan hasrat untuk melaksanakan kembali Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), namun ia tidak akan diperkenalkan semula tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan GST akan membantu kerajaan meningkatkan pendapatan, sekali gus membolehkan lebih banyak usaha membantu rakyat, khususnya membasmi kemiskinan tegar.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini kerajaan masih mengkaji dan meneliti mengenai bilakah tempoh yang sesuai untuk memperkenalkan semula GST.

“GST boleh membantu (kerajaan mendapat) pendapatan yang lebih, dengan pendapatan yang lebih itu kita boleh membantu rakyat yang susah.

“Jika ada GST, kita boleh menoktahkan kemiskinan. Bukan hanya (kategori) had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,109 boleh dinoktahkan, tapi juga yang berpendapatan RM2,208 ke bawah boleh dinoktahkan jika kita mempunyai kewangan yang banyak.

“GST boleh jadi cukai yang progresif jika kita mengenakan kadar sifar kepada barangan yang digunakan golongan B40. Kita masih lagi mengkaji, menilai bilakah masa yang sesuai.

“Kita masih lagi tidak menoktahkan GST ini. Setakat itu yang saya boleh nyatakan, cuma pada tahun ini ia tidak akan dilaksanakan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) sama ada pelaksanaan semula GST pada bila-bila akan memberi kesan kepada rakyat, khususnya golongan B40, sekali gus menjejaskan usaha kerajaan untuk menokotahkan kemiskinan tegar.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53.
  • Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
  • Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
  • Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
  • Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
  • Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.

Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.

Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.

Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.

Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.

Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending