Connect with us

Terkini

Kenaikan gaji penjawat awam akan dipertimbang – PM

Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan gaji penjawat awam sekiranya hasil pendapatan negara bertambah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Kenaikan gaji penjawat awam akan dipertimbang – PM
Foto: Datuk Seri Hajiji Noor (kiri), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Kenaikan gaji dikenakan apabila hasil pendapatan negara bertambah.
  • Penjawat awam di negara ini dan di peringkat negeri sudah membuat kerja (dengan baik). – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • “Bila kantung (pendapatan negara) baik defisit kurang atau perlahan, kita boleh (naikkan gaji). Sekarang saya lihat penjawat awam buat kerja dan kerajaan-kerajaan negeri.
  • “Jika hasil bertambah mungkin proses ini boleh dipercepatkan. Cuma untuk hari ini saya fikir sukarlah,” katanya.

KOTA KINABALU: Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan gaji penjawat awam sekiranya hasil pendapatan negara bertambah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, penjawat awam di negara ini dan di peringkat negeri sudah membuat kerja (dengan baik).

“Bila kantung (pendapatan negara) baik defisit kurang atau perlahan, kita boleh (naikkan gaji). Sekarang saya lihat penjawat awam buat kerja dan kerajaan-kerajaan negeri.

“Jika hasil bertambah mungkin proses ini boleh dipercepatkan. Cuma untuk hari ini saya fikir sukarlah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam di negeri itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut menambah Kerajaan Pusat akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi menyelesaikan isu pembangunan Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan selain katanya kerajaan mengambil pendekatan mengelak berbelanja ke atas projek-projek mega bagi mengelak potensi ketirisan.

Kata Anwar, kerajaan pada ketika ini hanya akan berbelanja berdasarkan kemampuan kewangan negara.

Kenyataan tersebut sebagai respon terhadap cadangan mengenai pembinaan jambatan menghubungkan Sabah dan Labuan.

“Saya mengelak projek-projek besar termasuk MRT percuma, High Speed Rail (HSR), lapangan terbang baharu di Kulim Kedah dan tentu sekali saya diserang.

“Saya realistik bila menyentuh mengenai ekonomi. Kita berbelanja apa yang kita mampu buat masa ini”, tambah beliau.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Perundangan baharu kawal selia penerbitan kalimah ‘Allah’ sedang disediakan – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.
  • “Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak JAKIM, Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan AGC dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 
  • “Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.
  • Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 

“Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

Pada 23 Oktober 2023,  media melaporkan garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu terbabit.

Saifuddin dilaporkan mengatakan cadangan garis panduan itu sudah dikemukakan kepada MKI selepas selesai lima sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Katanya, KDN akan mengambil panduan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah.

KDN sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk AGC, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JAKIM, Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia.

Ia susulan KDN dan kerajaan Malaysia pada 15 Mei 2023 dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. 

Memetik BERNAMA, Jill Ireland dilaporkan memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 dan perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah pada 2014 memerintahkan CD itu dipulangkan dan setelah melalui beberapa proses, memutuskan arahan KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending