Terkini
KBS laksana kelas renang untuk kanak-kanak golongan B40
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan program kelas renang yang bersifat pendidikan sukan di beberapa negeri terpilih dalam usaha memastikan kemahiran renang dapat diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak.
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan program kelas renang bersifat pendidikan sukan di beberapa negeri terpilih dalam usaha memastikan kemahiran renang dapat diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak.
- Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata program itu dijangka dilancarkan bulan ini yang akan memberi faedah kepada 1,600 kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun yang terdiri dalam kalangan keluarga B40.
- “Program berkenaan akan dilaksanakan sepanjang tahun di negeri yang mencatatkan kadar kematian tinggi akibat lemas. Berdasarkan data sedia ada, kira-kira 500 kes lemas melibatkan kanak-kanak dilaporkan setiap tahun.
- “Oleh sebab itu, saya meminta KBS untuk memastikan infrastruktur… kolam renang yang dimiliki oleh kerajaan kita akan guna untuk membantu golongan B40 menghadiri kes secara percuma,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, pada rabu.
KUALA LUMPUR — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan program kelas renang yang bersifat pendidikan sukan di beberapa negeri terpilih dalam usaha memastikan kemahiran renang dapat diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata program itu dijangka dilancarkan bulan ini yang akan memberi faedah kepada 1,600 kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun yang terdiri dalam kalangan keluarga B40.
“Program berkenaan akan dilaksanakan sepanjang tahun di negeri yang mencatatkan kadar kematian tinggi akibat lemas. Berdasarkan data sedia ada, kira-kira 500 kes lemas melibatkan kanak-kanak dilaporkan setiap tahun.
“Oleh sebab itu, saya meminta KBS untuk memastikan infrastruktur… kolam renang yang dimiliki oleh kerajaan kita akan guna untuk membantu golongan B40 menghadiri kes secara percuma,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.
Menurutnya dengan langkah itu, kes lemas semasa cuti sekolah dapat elak serta dikurangkan dan kementerian sedang meneliti kawasan yang dipilih nanti mempunyai data yang tinggi menunjukkan kanak-kanak di kawasan itu tiada tempat untuk rekreasi atau bermain.
Sementara itu, peruntukan bagi KBS dalam Belanjawan 2023 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini.
Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu lulus dengan suara majoriti selepas dibahas 17 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Antara Ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan itu ialah Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah), Syerleena Abdul Rashid (PH-Pulau Pinang) dan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang).
Sumber: Bernama
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia