Connect with us

Terkini

Kadar inflasi dijangka naik lebih 10 peratus jika tiada subsidi – PM

Jabatan Perangkaan menganggarkan kadar inflasi negara boleh melebihi 10 peratus sekiranya pelbagai bantuan subsidi tidak diberikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Kadar inflasi dijangka naik lebih 10 peratus jika tiada subsidi - PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan dijangka membelanjakan RM64 billion, tahun ini, demi memastikan rakyat dapat terus menikmati subsidi barangan asas seperti beras, gula, petrol serta tarif elektrik. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • “Tanpa peruntukan yang besar itu, sudah tentu sukar untuk rakyat terutama golongan B40 beli barangan keperluan asas terbabit.”
  • “Kerajaan memahami keresahan rakyat terbeban lunaskan ansuran bulanan semakin meningkat berikutan kenaikan OPR, baru-baru ini.”
  • “Oleh itu, melalui Belanjawan 2023 yang dibentangkan baru-baru ini, jelas dilihat misi utama Kerajaan Perpaduan ialah usaha bantu tangani beban kos sara hidup semakin menghimpit,” katanya.

KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan menganggarkan kadar inflasi negara boleh melebihi 10 peratus sekiranya pelbagai bantuan subsidi tidak diberikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Perdana Menteri berkata, kerajaan dijangka membelanjakan RM64 billion, tahun ini, demi memastikan rakyat dapat terus menikmati subsidi barangan asas seperti beras, gula, petrol serta tarif elektrik.

Tanpa peruntukan yang besar itu, beliau menjelaskan, sudah tentu sukar untuk rakyat terutama golongan B40 untuk membeli barangan keperluan asas terbabit.

“Kerajaan memahami keresahan rakyat terbeban melunaskan ansuran bulanan yang semakin meningkat berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), baru-baru ini.

“Oleh itu, melalui Belanjawan 2023 yang dibentangkan baru-baru ini, jelas dilihat misi utama Kerajaan Perpaduan ialah usaha membantu menangani beban kos sara hidup yang semakin menghimpit,” katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta kerajaan menyatakan apa tindakan segera bagi membantu mengurangkan beban rakyat terkesan dengan kenaikan mendadak OPR.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan selain subsidi, kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan sosial, termasuk bantuan tunai kepada kumpulan sasar bagi mengurangkan kos sara hidup tinggi.

Advertisement

Beliau berkata, kerajaan sudah menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 secara berperingkat kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion mulai 17 Januari lalu, malah STR akan diteruskan dengan beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat.

“Ia dijangka dapat membantu meringankan beban sara hidup hampir sembilan juta penerima, dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

“Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40 tetapi mengambil kira bilangan penerima, sebenarnya STR memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara ini.

“Kekal dengan hasrat membantu meringankan beban rakyat, kerajaan juga memperuntukkan RM100 juta bagi pelaksanaan program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran, membabitkan 222 kawasan Parlimen,” katanya.

Selain itu, pelbagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan dengan peruntukan hampir RM40 bilion bagi manfaat perusahaan mikro, kecil dan sederhana, disediakan dalam usaha membantu kumpulan berkenaan untuk kembali bangkit serta berdaya saing selepas terkesan dengan pandemik COVID-19 dan cabaran ekonomi semasa.

Mengulas mengenai kenaikan OPR pula, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak menafikan peningkatan secara kumulatif sebanyak 100 mata asas daripada 1.75 peratus kepada 2.75 peratus pada tahun lalu, memberi kesan terhadap peminjam dan peniaga yang mempunyai pinjaman berkadar terapung, berikutan peningkatan ansuran bulanan yang dihadapi mereka.

Advertisement

“Namun, tidak semua peminjam terjejas akibat kenaikan OPR, kerana hanya peminjam yang mempunyai pinjaman jenis berkadar terapung yang terkesan dengan kenaikan OPR terbabit.

“Setakat Disember 2022, separuh daripada jumlah akaun pinjaman dalam sektor isi rumah, iaitu 50.3 peratus adalah pinjaman jenis berkadar tetap.

“Bagi peminjam berpendapatan rendah kurang RM5,000 sebulan, termasuk golongan B40, dianggarkan sebanyak 54.8 peratus daripada jumlah akaun pinjaman adalah berasaskan kadar tetap,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) memahami keresahan rakyat yang terbeban untuk melunaskan ansuran bulanan yang semakin meningkat.

Justeru, katanya, BNM bersedia meringankan beban peminjam yang terkesan dan menghadapi kesulitan untuk membuat bayaran balik pinjaman akibat kenaikan OPR, dengan menggalakkan mereka menghubungi institusi kewangan masing-masing bagi mendapatkan sokongan diperlukan.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending