Connect with us

Terkini

(VIDEO) Hukuman penjara sepanjang hayat dimansuhkan sepenuhnya – Azalina

Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat lepas bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Wartawan TMT

Published

on

Hukuman penjara sepanjang hayat dimansuhkan sepenuhnya - Azalina
Foto: Datuk Seri Azalina Othman Said..
  • Tiada lagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori, sebaliknya, hukuman alternatif baharu adalah hukuman pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said
  • “Selain itu, hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai satu hukuman dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang, hukuman mati dimansuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian, melainkan tiga kesalahan laitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.”
  • “… dan juga; satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang telah dikenakan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.
  • Cadangan RUU ini dijangka akan memberi kesan kepada 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) – Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat lepas bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata antara dasar itu ialah; tiada lagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori, sebaliknya, hukuman alternatif baharu adalah hukuman pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.

“Selain itu, hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai satu hukuman dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang, hukuman mati dimansuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian, melainkan tiga kesalahan laitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“… dan juga; satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang telah dikenakan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.

“Cadangan RUU ini dijangka akan memberi kesan kepada 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Azalina berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Koh Nai Kwong mengenal apakah status terkini kajian semula cadangan melaksanakan hukuman gantian kepada hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan.

Beliau pada masa sama menegaskan dasar kerajaan MADANI ketika ini ialah untuk mengubah hukuman dan bukannya menghapuskan hukuman mati berkenaan, dengan kuasa budi bicara diberikan kepada hakim.

Menurut Azalina, bacaan kali pertama bagi RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 akan dilakukan Isnin depan (27 Mac).

“RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dijangka akan memberi kesan kepada 476 orang banduan hukuman mati yang belum menghabiskan proses rayuan, sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.

“Hal ini disebabkan, hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori akan bersifat ke belakang,” katanya.

Dalam pada itu, Azalina berkata kerajaan telah mengadakan sebanyak 19 sesi libat urus dan mesyuarat bersama pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, peguam, bekas Ketua Hakim Negara, pakar perundangan perlembagaan, banduan- banduan akhir dan keluarga serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Rangkaian Anti-Hukuman Mati Asia (ADPAN) dan Reprieve di United Kingdom.

“Pindaan perundangan melibatkan polisi penghukuman dan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori ini merupakan perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah di Malaysia supaya lebih holistik dan inklusif, selain tidak menafikan hak asasi individu untuk mendapat keadilan sewajarnya,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending