Connect with us

Terkini

Guru, ibu bapa tidak setuju buku teks sekolah fizikal ditukar kepada digital 

Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh  tidak bersetuju buku teks sekolah fizikal ditukar kepada buku teks digital sepenuhnya, mendakwa lebih lagi banyak masalah akan timbul apabila ia dilaksanakan kelak.

Hidayah Sani

Published

on

Guru, ibu bapa tidak setuju buku teks sekolah fizikal ditukar kepada digital 
  • Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh senaraikan tujuh sebab mengapa tidak bersetuju dengan tindakan KPM yang akan menukar bahan sistem pendidikan, termasuk buku teks secara fizikal kepada digital.
  • “Benda gadget ni kos besar yang amat. Dengan kos besar patutnya sediakan prasarana, fasiliti dan sekolah yang lebih selamat dan baiki kerosakan.
  • “Faktor kesihatan mata berkait rapat bila guna gadget ni. Umum tahu, cahaya dari screen jika berterusan guna boleh merosakkan mata. Dan waktu belajar bukan singkat. At least 5 jam tahu. 5 jam hadap screen, pasti banyak efek,” katanya dalam hantaran di Facebook.
  • Beliau cadangkan silibus pendidikan disesuaikan dan diubah semula agar ia relevan selain menjilidkan buku teks kepada empat jilid untuk menjadikan buku lebih nipis serta memperluaskan pemberian loker bagi semua murid.

KUALA LUMPUR – Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh  tidak bersetuju buku teks sekolah fizikal ditukar kepada buku teks digital sepenuhnya, mendakwa lebih lagi banyak masalah akan timbul apabila ia dilaksanakan kelak.

Guru matematik itu menyenaraikan tujuh sebab mengapa beliau tidak bersetuju dengan hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menukar bahan sistem pendidikan, termasuk buku teks secara fizikal kepada digital.

Beliau berkata Australia dan Amerika Syarikat pernah mencuba untuk mendigitalkan buku teks mereka, namun akhirnya kembali kepada amalan asal.

Katanya, pembelajaran secara digital memerlukan akses menggunakan gajet seperti tab, komputer riba dan seumpamanya, di mana kegunaan peranti itu dilihat mempunyai banyak masalah seperti rosak, kena serangan virus, bateri habis, tidak boleh dihidupkan serta sebagainya.

Gadget juga biasanya boleh access internet atau ada game sedia ada di dalamnya. Bila ada capaian internet, mungkin pelajar salah guna untuk layari benda yang bukan berkaitan or main game dan sebagainya.

“Benda gadget ni kos besar yang amat. Dengan kos besar patutnya sediakan prasarana, fasiliti dan sekolah yang lebih selamat dan baiki kerosakan.

“Faktor kesihatan mata berkait rapat bila guna gadget ni. Umum tahu, cahaya dari screen jika berterusan guna boleh merosakkan mata. Dan waktu belajar bukan singkat. At least 5 jam tahu. 5 jam hadap screen, pasti banyak efek,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mohd Fadli berkata menulis, mencatat nota atas buku lebih membuatkan murid memahami pelajaran berbanding swipe screen.

Susulan itu, beliau mencadangkan silibus pendidikan disesuaikan dan diubah semula agar ia relevan selain menjilidkan buku teks kepada empat jilid untuk menjadikan buku tersebut lebih nipis serta memperluaskan pemberian loker kepada semua murid bagi menangani masalah beg berat.

Tinjauan The Merdeka Times, mendapati rata-rata guru dan ibu bapa bersetuju dengan cadangan dikemukakan Mohd Fadli dengan menyifatkan pendigitalan itu akan memakan lebih banyak kos perbelanjaan sekolah.

Antara tangkapan layar reaksi guru dan ibu bapa di ruangan komen Facebook:

Sumber : Facebook Mohd Fadli Salleh, Anuar Ahmad

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending