Connect with us

Terkini

Guru diberi autonomi urus isu sikap, disiplin pelajar sekolah – Fadhlina

Kementerian Pendidikan kini memperkukuhkan Bahagian Kaunseling serta memberi lebih ruang autonomi kepada guru bagi menguruskan isu sikap, disiplin dan perbuatan vandalisme dalam kalangan pelajar sekolah.

Wartawan TMT

Published

on

Guru diberi autonomi urus isu sikap, disiplin pelajar sekolah – Fadhlina
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah).
  • Kementerian Pendidikan kini memperkukuhkan Bahagian Kaunseling serta memberi lebih ruang autonomi kepada guru bagi menguruskan isu sikap, disiplin dan perbuatan vandalisme dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, langkah tersebut sebagai tindakan intervensi supaya pelajar yang terlibat dapat kembali menjadi individu yang bersikap lebih baik.
  • “Intervensi ini penting, sebab itu di peringkat Kementerian Pendidikan, kami telah perkukuhkan Bahagian Kaunseling termasuk memberikan lebih banyak ruang autonomi kepada guru untuk uruskan hal berkaitan termasuk dalam isu disiplin, vandalisme dan sebagainya.
  • “Proses ansur maju ini kena berlangsung bukan di kementerian sahaja, perlu sokongan komuniti, ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan yang boleh bersama dengan kami dalam konteks melihat pendidikan karakter anak-anak ini,” katanya selepas merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia Madani: Peranan Sektor Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek di sini hari ini (semalam). 

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan kini memperkukuhkan Bahagian Kaunseling serta memberi lebih ruang autonomi kepada guru bagi menguruskan isu sikap, disiplin dan perbuatan vandalisme dalam kalangan pelajar sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, langkah tersebut adalah sebagai tindakan intervensi supaya pelajar yang terlibat dapat kembali menjadi individu yang bersikap lebih baik.

“Intervensi ini penting, sebab itu di peringkat Kementerian Pendidikan, kami telah perkukuhkan Bahagian Kaunseling termasuk memberikan lebih banyak ruang autonomi kepada guru untuk uruskan hal berkaitan termasuk dalam isu disiplin, vandalisme dan sebagainya.

“Kami memperkasakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk ambil tindakan, ruang lingkup ini juga tidak disensasikan. Anak-anak ini berhadapan isu sikap dan kita harus ambil sikap lindung terlebih dahulu dan kemudian buat intervensi supaya mereka dapat kembali dan dididik menjadi manusia lebih baik.

“Proses ansur maju ini kena berlangsung bukan di kementerian sahaja, perlu sokongan komuniti, ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan yang boleh bersama dengan kami dalam konteks melihat pendidikan karakter anak-anak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia Madani: Peranan Sektor Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek di sini hari ini.

Sementara itu ketika berucap pada majlis itu, Fadhlina berkata, beliau akan begitu kecewa sekiranya pelajar-pelajar meninggalkan sekolah masing-masing kelak tanpa menjadi seorang manusia yang lebih baik.

“Itu yang selalu saya fikirkan bagaimana mereka harus keluar dari sistem pendidikan ini nanti tapi tidak menjadi insan yang lebih baik.

“Pendidikan tidak hanya menggarap persoalan mengenai kemahiran semata-mata tetapi lebih penting berkenaan pembinaan watak. Selepas terjadinya beberapa peristiwa, penting untuk kita melihat kembali ekosistem sekolah yang lebih selamat.

“Banyak kes anak-anak kita terlibat kes vandalisme dan sikap yang ditularkan oleh itu kami di kementerian mengambil pendekatan bahawa bagaimana besar pun salah mereka (pelajar) sentiasa ada ruang untuk kita perbaiki sikap dan adab mereka ini,” katanya lagi.-

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
  • Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
  • Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 
  • “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
  • Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.

Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 

Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.

“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.

Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending