Terkini
Elak disalah guna tujuan politik, KKD sedia pinda seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi mengelak peruntukan undang-undang berkaitan hantaran dalam talian yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik itu disalahgunakan untuk tujuan politik.

- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi mengelak peruntukan undang-undang berkaitan hantaran dalam talian yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik itu disalahgunakan untuk tujuan politik.
- Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata pihaknya terbuka mendengar sebarang idea mahupun pandangan bukan saja daripada Ahli Parlimen kerajaan tetapi pembangkang, berhubung perkara itu.
- “Memang kita ada usaha untuk mengkaji Seksyen 233 ini tetapi itu lebih kepada aspek yang mana kita boleh memastikan siasatan dapat dijalankan secara lancar.
- “Kita hendak memastikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ditambah baik dengan pengenalan peruntukan mengenai keperluan penyimpanan dan penzahiran data trafik.” katanya.
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi mengelak peruntukan undang-undang berkaitan hantaran dalam talian yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik itu disalahgunakan untuk tujuan politik.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata pihaknya terbuka untuk mendengar sebarang idea mahupun pandangan bukan saja daripada Ahli Parlimen kerajaan tetapi juga pembangkang, berhubung perkara itu.
“Memang kita ada usaha untuk mengkaji Seksyen 233 ini tetapi itu lebih kepada aspek yang mana kita boleh memastikan siasatan dapat dijalankan secara lancar.
“Kita hendak memastikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ditambah baik dengan pengenalan peruntukan mengenai keperluan penyimpanan dan penzahiran data trafik.
“Saya juga mengalu-alukan semua cadangan daripada Yang Berhormat (YB), bagaimana kita boleh menambah baik Seksyen 233 supaya kita boleh memastikan seksyen ini memang ada keperluan untuk pengwujudan.
“Tetapi bagaimana kita boleh pastikan ia tidak disalahgunakan… saya mengalu-alukan sebarang cadangan daripada Yang Berhormat sama ada duduk di sini (blok kerajaan) dan duduk di sana (blok pembangkang),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) sama ada kementerian merancang untuk meminda Seksyen 233 Akta 588 supaya ia tidak boleh disalahgunakan untuk tujuan politik.
Syahredza yang berkongsi pengalamannya sebagai seorang peguam, memaklumkan bahawa beliau pernah mewakili anak guam, termasuk orang biasa yang ditahan, disiasat, didakwa malah disabitkan kesalahan bawah seksyen berkenaan kerana mengkritik orang politik.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas