Connect with us

Terkini

Data NGO 100 000 murid cicir tidak tepat – KPM

Bilangan keciciran murid sebanyak 100,000 orang yang dianggarkan pertubuhan bukan kerajaan, Untuk Malaysia adalah tidak tepat, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Wartawan TMT

Published

on

Data NGO 100 000 murid cicir tidak tepat - KPM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bilangan keciciran murid sebanyak 100,000 orang yang dianggarkan pertubuhan bukan kerajaan, Untuk Malaysia adalah tidak tepat. – KPM
  • “Ini disebabkan penggunaan kaedah penganggaran dan definisi keciciran yang digunakan adalah berbeza dengan definisi KPM.”
  • “Definisi yang digunakan oleh pertubuhan merangkumi keciciran murid daripada sistem pendidikan termasuk bilangan murid yang mendaftar SPM, tetapi tidak hadir dan gagal mendapatkan sijil,” jelas KPM bagi menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai dakwaan pelajar tercicir.
  • Ujarnya, pelajar tercicir juga terdiri daripada murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan. 

KUALA LUMPUR — Bilangan keciciran murid sebanyak 100,000 orang yang dianggarkan pertubuhan bukan kerajaan, Untuk Malaysia adalah tidak tepat, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

KPM menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam memaklumkan sehingga Jun tahun lepas, kadar keciciran murid di seluruh negara pada peringkat sekolah rendah ialah sebanyak 0.07 peratus manakala di peringkat sekolah menengah sebanyak 0.99 peratus.

“Ini disebabkan penggunaan kaedah penganggaran dan definisi keciciran yang digunakan adalah berbeza dengan definisi KPM.

“Definisi yang digunakan oleh pertubuhan tersebut merangkumi keciciran murid daripada sistem pendidikan termasuk bilangan murid yang mendaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi tidak hadir dan gagal mendapatkan sijil,” menurut kementerian itu.

Penjelasan KPM ini bagi menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang ingin tahu pelan pemulihan dan bentuk kerjasama antara kementerian mengenai dakwaan pelajar tercicir hampir 100,000 sebagaimana dianggarkan pertubuhan Untuk Malaysia.

KPM memaklumkan definisi keciciran adalah murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan. 

Kementerian itu antara lain telah menjalankan program outreach murid cicir di semua pejabat pendidikan daerah dengan kerjasama komuniti setempat bertujuan memberi intervensi berfokus bagi membantu murid cicir untuk kembali bersekolah.

Hasil daripada pelaksanaan program itu, 5,121 murid sekolah rendah dan 1,711 murid sekolah menengah telah kembali ke sekolah berdasarkan data murid kembali ke sekolah Jabatan Pendidikan Negeri pada 2022., menurut KPM.

Dalam perkembangan lain, KPM memaklumkan 600 calon guru melibatkan pelbagai opsyen mata pelajaran dijangka ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) secara berperingkat tahun ini bagi mengatasi masalah kekurangan guru.

“KPM dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan pengambilan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mengatasi isu kekurangan guru,” menurut kementerian.

Penjelasan itu bagi menjawab soalan Tan Hong Pin (PH-Bakri) mengenai langkah KPM bagi mengatasi isu kekurangan guru Bahasa Cina dan Tamil di sekolah bantuan kerajaan. 

Menurut KPM, antara langkah penyelesaian bagi mengatasi isu tersebut adalah dengan membuat penambahbaikan dalam proses pengambilan guru ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Justeru, KPM telah membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat mengikuti PISMP untuk membuat permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sekolah rendah KPM dengan tambahan mata pelajaran elektif seperti Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk dan Teknologi serta Pendidikan Jasmani mulai tahun ini.

Sumber: Bernama

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Tiga pemimpin NGO Islam dalam senarai FBI tidak terlibat keganasan – Saifuddin

Tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas atau Terrorist Screening Center (TSC) tidak terlibat dalam sebarang isu keganasan berdasarkan semakan rekod keselamatan polis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata semakan secara teliti telah dilakukan sebelum kumpulan NGO itu memulakan operasi mereka dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan di Gaza.
  • “Berdasarkan semakan kita, kesemua NGO terlibat dalam Ops Ihsan ini, rekod keselamatan kita iaitu rekod polis, tidak ada yang terlibat dengan isu-isu keganasan, maknanya ‘clean’.
  • “Penegasan ini penting bahawa kita sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kita ada undang-undang dan ada agensi yang bertanggungjawab soal keselamatan serta mempunyai rekod yang kompeten dalam membuat tapisan,” katanya dilaporkan media tempatan hari ini.
  • Saifuddin dilaporkan sebagai berkata tindakan FBI itu ada kaitan dengan Rang Undang-undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas oleh Amerika Syarikat (AS).

KUALA LUMPUR — Tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas atau Terrorist Screening Center (TSC) tidak terlibat dalam sebarang isu keganasan berdasarkan semakan rekod keselamatan polis.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata semakan secara teliti telah dilakukan sebelum kumpulan NGO itu memulakan operasi mereka dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan di Gaza.

Saifuddin berkata kira-kira 359 individu dan 53 NGO terlibat dalam operasi itu.

“Sebelum operasi itu kita mulakan, tentunya kita membuat semakan supaya tiada masalah apabila mereka menjalankan operasi di sana (Gaza).

“Berdasarkan semakan kita, kesemua NGO terlibat dalam Ops Ihsan ini, rekod keselamatan kita iaitu rekod polis, tidak ada yang terlibat dengan isu-isu keganasan, maknanya ‘clean’.

“Penegasan ini penting bahawa kita sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kita ada undang-undang dan ada agensi yang bertanggungjawab soal keselamatan serta mempunyai rekod yang kompeten dalam membuat tapisan,” katanya dilaporkan media tempatan hari ini.

Sebelum ini, tular satu surat dikeluarkan Kementerian Luar kepada Pengerusi Sekretariat Induk Ops Ihsan, Jismi Azhari Johari bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, bekas Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul dan Awang Suffian Awang Piut dari Aman Palestin, masing-masing daripada tiga NGO Islam di negara ini disenaraikan dalam TSC oleh FBI.

Menerusi surat berkenaan juga, Kementerian Luar meminta Sekretariat Induk Ops Ihsan mengambil tindakan sewajarnya memastikan tiga individu itu tidak lagi terbabit dengan misi mengurus penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Dalam pada itu, Saifuddin dilaporkan sebagai berkata tindakan FBI itu ada kaitan dengan Rang Undang-undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas oleh Amerika Syarikat (AS).

“Latar belakangnya AS dalam proses mengadakan RUU Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk AS dalam mengenakan sekatan secara unilateral ke atas mana-mana pihak dalam isu Palestin. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending