Connect with us

Terkini

Buku teks digital perlu berfasa, sediakan kemudahan pembelajaran – iGuru

Presidennya Mohd Azizee Hasan berkata KPM perlu bekerjasama dengan KKD untuk meningkatkan jalur lebar ke  rangkaian 5G.

Hidayah Sani

Published

on

Buku teks digital perlu berfasa, sediakan kemudahan pembelajaran – iGuru
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata kerajaan perlu meningkatkan kualiti akses capaian internet dan jalur lebar terutama di kawasan yang berdepan masalah internet seperti di pedalaman dan luar bandar.
  • Kementerian Pendidikan (KPM) perlu bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk meningkatkan jalur lebar ke  rangkaian 5G.
  • “Pada masa sama KPM perlu memastikan kemudahan pembelajaran digital seperti smart board, smart tv, laptop, smartphone, alat peranti disediakan secukupnya,”  katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

KUALA LUMPUR – Penggunaan buku teks digital perlu dilakukan secara berfasa dengan mengambil kira status dan kedudukan sekolah kerana tidak semua sekolah berada di kawasan mempunyai akses internet baik.

Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan perlu meningkatkan kualiti akses capaian internet dan jalur lebar, terutama di kawasan berdepan masalah internet seperti di pedalaman dan luar bandar.

Katanya, KPM perlu bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk meningkatkan jalur lebar ke  rangkaian 5G.

“Pada masa sama KPM perlu memastikan kemudahan pembelajaran digital seperti smart board, smart tv, laptop, smartphone, alat peranti disediakan secukupnya.

“Mana-mana sekolah yang menghadapi masalah boleh mengekalkan penggunaan  buku teks fizikal bagi memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan serta mengelakkan keciciran pendidikan.

“Guru-guru perlu diberikan latihan secukupnya bagi memastikan penggunaan buku teks digital berada di tahap optimum,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Mohd Azizee berkata pihaknya menyambut baik dan bersetuju dengan usaha KPM untuk mengurangkan beban berat guru melalui penggunaan buku teks digital.

Bagaimanapun, katanya, iGuru berharap usaha berkenaan tidak menyusahkan banyak pihak, khususnya ibubapa, murid dan pihak sekolah, terutama di pedalaman dan luar bandar.

The Merdeka Times, sebelum ini melaporkan KPM akan menukar bahan sistem pendidikan termasuk buku teks secara fizikal kepada digital di mana pelaksanaannya akan mengambil kira pemilikan peranti digital dalam kalangan semua murid dan ketersediaan capaian internet.

Bulan lalu, rata-rata guru mendedahkan mereka terpaksa menanggung perbelanjaan peralatan sekolah dan pembelajaran seperti meja, printer, LCD, kerusi, kipas dan sebagainya. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia

 

 

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending