Connect with us

Terkini

Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, PdPR buat sekolah terjejas teruk – KPM

Sesi persekolahan 2023/24 yang dijadualkan bermula 19 Mac ini tidak akan ditangguhkan dan berjalan seperti biasa di negeri-negeri yang terkesan dengan bencana banjir.

Wartawan TMT

Published

on

Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, PdPR buat sekolah terjejas teruk - KPM
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Sesi persekolahan 2023/24 yang dijadualkan bermula 19 Mac ini tidak akan ditangguhkan dan berjalan seperti biasa di negeri-negeri yang terkesan dengan bencana banjir.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM memberi kelonggaran untuk melaksanakan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) kepada sekolah yang terjejas teruk dan bencana itu.
  • Katanya, setakat ini pihaknya mengenal pasti 17 buah sekolah di Johor yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir dengan 14 daripadanya melibatkan daerah Segamat.
  • KPM juga akan memberi perhatian khusus bagi membaik pulih kesemua sekolah berkenaan dalam tempoh dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

SEGAMAT: Sesi persekolahan 2023/24 yang dijadualkan bermula 19 Mac ini tidak akan ditangguhkan dan berjalan seperti biasa di negeri-negeri yang terkesan dengan bencana banjir.

Sebaliknya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran untuk melaksanakan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) kepada sekolah yang terjejas teruk dan bencana itu.

Katanya, setakat ini pihaknya mengenal pasti 17 buah sekolah di Johor yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir dengan 14 daripadanya melibatkan daerah Segamat.

Bagaimanapun, katanya, KPM akan memberi perhatian khusus bagi membaik pulih kesemua sekolah berkenaan dalam tempoh dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

“Saya fikir kita sedaya upaya akan melakukan persiapan pemulihan (sekolah) dan dalam masa sama kita tidak akan menangguhkan sesi persekolahan dan memberi pilihan PdPR supaya sesi persekolahan tetap berlangsung.

“Di Segamat ini sahaja ada 14 sekolah yang terjejas teruk, jadi kerja penyelenggaraan dan baik pulih termasuk menyalurkan peruntukan segera akan dilakukan yang mana menerusi pilihan (PdPR) yang diberikan sekurang-kurangkan sekolah yang tidak dapat disiapkan (pembersihan) dalam tempoh dua minggu ada pilihan untuk jalankan sesi persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali, di sini, hari ini.

SK Seri Bali merupakan antara sekolah yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, berdasarkan laporan yang diterima, kesemua sekolah terjejas mengalami kerosakan yang kritikal dan memerlukan beberapa fasa penilaian.

“Kalau berdasarkan (laporan) semua (kerosakan) serius dan ada sekolah yang tahap kerosakannya kritikal manakala ada yang perlu diberi tumpuan dari segi kebersihan sahaja.

“Kita bukan sahaja berdepan kerosakan teknikal sekolah sahaja tetapi juga kemusnahan aset termasuk meja guru serta juga perabot sekolah dan semua perkara ini juga mempunyai saty lagi pusingan penilaian,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, kata Fadhlina, menyedari keperitan mangsa-mangsa banjir yang mengalami kerosakan barangan persekolahan termasuk pakaian, KPM memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas untuk datang ke sekolah dengan menggunakan pakaian biasa.

“Kita ada pertimbangan manusiawi dan keinsanan, jadi mereka boleh datang ke sekolah dengan pakaian apa sekali pun asalkan mereka tetap pergi ke sekolah dan memulakan sesi persekolahan seperti biasa,” jelasnya lagi.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Malaysia perlu kaji semula sokongan kepada “penyelesaian dua negara” Palestin – Perikatan Nasional

Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.
  • Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata strategi diplomatik lain perlu diambil Malaysia supaya sokongan terhadap perjuangan dan hak-hak rakyat Palestin dapat dijalankan dengan lebih efektif.
  • “Susulan keputusan terkini Israel yang meluluskan rang undang-undang menolak penubuhan negara Palestin, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula sokongan berterusan terhadap penyelesaian dua negara. 
  • “Langkah legislatif Israel ini mengancam potensi penyelesaian damai kepada konflik Israel-Palestin dan memerlukan penilaian semula berkenaan pendekatan kita terhadap isu kompleks ini.
  • “Melihat kepada realiti baru tersebut di lapangan, penerokaan strategi diplomatik alternatif adalah penting supaya aspirasi dan hak-hak rakyat Palestin dapat ditangani dengan lebih berkesan,” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam kenyataan media di sini pada Isnin.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.

Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata strategi diplomatik lain perlu diambil Malaysia supaya sokongan terhadap perjuangan dan hak-hak rakyat Palestin dapat dijalankan dengan lebih efektif.

“Susulan keputusan terkini Israel yang meluluskan rang undang-undang menolak penubuhan negara Palestin, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula sokongan berterusan terhadap penyelesaian dua negara. 

“Langkah legislatif Israel ini mengancam potensi penyelesaian damai kepada konflik Israel-Palestin dan memerlukan penilaian semula berkenaan pendekatan kita terhadap isu kompleks ini.

“Melihat kepada realiti baru tersebut di lapangan, penerokaan strategi diplomatik alternatif adalah penting supaya aspirasi dan hak-hak rakyat Palestin dapat ditangani dengan lebih berkesan,” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam kenyataan media di sini pada Isnin.

Beliau berkata perjanjian penyelesaian dua negara bukanlah keinginan kerajaan zionis apabila rejim itu dengan jelas terus menerus menjalankan genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas warga Palestin.

“Perjanjian untuk penyelesaian dua negara tidak lagi boleh dilaksanakan kerana Israel secara konsisten melanggarnya dengan melakukan genosid secara meluas ke atas rakyat Palestin.

“Undang-undang baru Israel ini menandakan kemunduran ketara dalam usaha penyelesaian dua negara. 

“Jelas sekali bahawa Israel tidak pernah berminat dengan penyelesaian dua negara, suatu perspektif didorong Perikatan Nasional supaya kerajaan berhenti mengesyorkannya,” katanya.

Perikatan Nasional turut menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) iaitu badan perundangan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan salah laku pendudukan Israel di wilayah itu yang menggesa aktiviti penempatan dihentikan serta-merta dan semua kerosakan diberikan pampasan. 

Keputusan itu menurut Perikatan Nasional secara amnya mengesahkan realiti semasa negara Palestin yang dijajah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending