Connect with us

Terkini

Ahli Parlimen terus gesa Kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP

Cadangan agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Ahli Parlimen terus gesa Kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Mengenai pengeluaran KWSP, rakyat menghargai RM500 yang diperuntukkan untuk mereka. Namun, untuk makluman sebenarnya mereka nak guna sekarang… bayar yuran persekolahan anak, nak beli buku pelajaran.” – Ahli Parlimen Kuantan dari Perikatan Nasional, Wan Razali Wan Nor.
  • “Saya harap pihak kerajaan mencari jalan untuk meluluskan pengeluaran bersasar kepada mereka yang layak,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
  • Membangkitkan cadangan sama, Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) berkata kerajaan disaran membenarkan pengeluaran KWSP secara ‘case-by-case‘ (mengikut kes), khususnya kepada pencarum benar-benar memerlukan.

KUALA LUMPUR: Cadangan agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ketika sesi perbahasan Belanjawan 2023, Ahli Parlimen Kuantan dari Perikatan Nasional (PN), Wan Razali Wan Nor berkata, pencarum memerlukan wang untuk kegunaan ketika ini bagi perbelanjaan sesi persekolahan berbanding penyaluran RM500 ke dalam Akaun 1.

“Mengenai pengeluaran KWSP, rakyat menghargai RM500 yang diperuntukkan untuk mereka. Namun, untuk makluman sebenarnya mereka nak guna sekarang… bayar yuran persekolahan anak, nak beli buku pelajaran.

“Kita telah dengar banyak pengiraan dibuat oleh Ahli Parlimen tentang bagaimana simpanan mereka akan meningkat semula nanti. Mereka hanya nak keluarkan duit mereka sahaja.

“Saya harap pihak kerajaan mencari jalan untuk meluluskan pengeluaran bersasar kepada mereka yang layak,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Membangkitkan cadangan sama, Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) berkata kerajaan disaran membenarkan pengeluaran KWSP secara ‘case-by-case‘ (mengikut kes), khususnya kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.

“Kerajaan boleh menetapkan apa sahaja syarat kepada individu yang layak ini boleh mengeluarkan (KWSP) memandangkan kerajaan mempunyai maklumat mengenai individu yang mencarum.

Advertisement

“Kita akui KWSP adalah simpanan hari tua, namun Kuala Pilah khuatir mereka tidak sempat tua untuk nikmati simpanan ini,” ujarnya.

Pada 24 Februari lalu, kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 KWSP bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif dalam Belanjawan 2023 itu adalah sebahagian usaha kerajaan untuk membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran ketika pandemik COVID-19.

Sumber: Astro Awani

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending