Terkini
Ahli Parlimen Pasir Mas gesa kerajaan Madani tangani pemikiran Islamofobia
Ahli Parlimen, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menggesa Kerajaan menangani pemikiran islamofobia bagi mengelakkan kejadian membakar al-Quran seperti yang berlaku di Eropah tidak berulang.
- Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa Kerajaan menangani pemikiran islamofobia bagi mengelakkan kejadian membakar al-Quran seperti yang berlaku di Eropah tidak berulang.
- Katanya, tindakan Kerajaan untuk mengedarkan mushaf al-Quran sebagai tindak balas kejadian membakar kitab suci umat Islam hanyalah simbolik walaupun tindakan itu berhak dipuji.
- “Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan mengambil langkah mengedarkan mushaf al-Quran, tetapi isunya ialah Islamofobia dan bukan kekurangan mushaf al-Quran walaupun saya faham tindakan itu adalah simbolik pembelaan kita terhadap al-Quran.”
- “Apa yang lebih penting ialah kita hendak menangkis Islamofobia,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.
KUALA LUMPUR, 15 Mac 2023 – Ahli Parlimen, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menggesa Kerajaan menangani pemikiran islamofobia bagi mengelakkan kejadian membakar al-Quran seperti yang berlaku di Eropah tidak berulang.
Menurutnya, tindakan Kerajaan untuk mengedarkan mushaf al-Quran sebagai tindak balas kejadian membakar kitab suci umat Islam hanyalah simbolik walaupun tindakan itu berhak dipuji.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan mengambil langkah mengedarkan mushaf al-Quran, tetapi isunya ialah Islamofobia dan bukan kekurangan mushaf al-Quran walaupun saya faham tindakan itu adalah simbolik pembelaan kita terhadap al-Quran.”
“Apa yang lebih penting ialah kita hendak menangkis Islamofobia,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat turut meminta penjelasan berhubung sejauh manakah lobi Malaysia kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menubuhkan pusat penyelidikan pemikiran bagi menangkis Islamofobia dari semasa ke semasa.
Sebagai maklum balas, Mohamad Alamin (BN-Kimanis) memaklumkan Kerajaan telah menyertai beberapa siri mesyuarat OIC dan telah menghantar surat bantahan rasmi bersama kepada Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengutuk insiden menghina al-Quran.
Terdahulu, Ahli politik Denmark, Rasmus Paludan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan membakar kitab suci al-Quran di hadapan Kedutaan UK di Copenhagen.
Katanya, dia tidak akan berhenti dalam usaha mengkritik Islam dan menghina al-Quran.
Sumber: Samudera
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel