Connect with us

Terkini

48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara

Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Wartawan TMT

Published

on

48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara
Foto: Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu.
  • Subsidi itu diberi oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
  • Timbalan Menterinya Aiman Athirah Sabu berkata sejumlah RM6 juta telah diperuntukkan bagi pemberian subsidi ujian mamogram dalam Belanjawan 2023, manakala RM5.5 juta diperuntukkan untuk subsidi saringan kanser serviks. 
  • “Saya pasti peruntukan ini akan melegakan wanita terutamanya golongan berisiko dan saya percaya ia akan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk membuat pengesanan awal kanser payudara dan serviks,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada khamis.

KUALA LUMPUR – Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Timbalan Menterinya Aiman Athirah Sabu berkata sejumlah RM6 juta telah diperuntukkan bagi pemberian subsidi ujian mamogram dalam Belanjawan 2023, manakala RM5.5 juta diperuntukkan untuk subsidi saringan kanser serviks. 

“Saya pasti peruntukan ini akan melegakan wanita terutamanya golongan berisiko dan saya percaya ia akan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk membuat pengesanan awal kanser payudara dan serviks,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu, beliau berkata KPWKM masih dalam proses memperincikan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.   

Menurutnya sesi libat urus dan kerjasama rapat sedang diadakan dengan pihak berkepentingan bagi memperincikan serta memurnikan proses penubuhan JPKK tersebut. 

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah membuat beberapa persediaan dalam memperkasakan Bahagian Kanak-Kanak dengan menyediakan kerangka cadangan ‘quick win’ bagi penubuhan JPKK yang melibatkan pegawai perundangan, pegawai bahagian berkaitan KPWKM, JKM serta agensi berkaitan,” katanya.

Aiman Athirah turut memaklumkan kementerian itu akan mengadakan semula program pemutihan taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar di seluruh negara, selain menyediakan RM15 juta sebagai pinjaman mudah untuk membantu pengusaha.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM3.196 bilion bagi KPWKM dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti.

Persidangan dewan bersambung Isnin depan.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending