Connect with us

Terkini

Tujuh negeri laksana Akta Anti lompat Parti, kerajaan teliti semula tambah baik undang-undang

Hanya tujuh negeri yang telah melaksanakan Undang-undang Antilompat Parti sejak ia berkuat kuasa pada 5 Oktober tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Tujuh negeri laksana Akta Antilompat Parti, kerajaan teliti semula tambah baik undang-undang
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Peruntukan seksyen 6 Akta A1663 berikan ruang kepada DUN untuk laksanakan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti melalui pindaan Perlembagaan Negeri, tertakluk persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said
  • “Sehingga kini, negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak telah menguatkuasakan Enakmen Negeri masing-masing berkaitan larangan bertukar parti di peringkat DUN.” 
  • “Implikasi utama pelaksanaan undang-undang tersebut ialah Ahli Dewan tidak lagi ‘free agent’, dan parti politik kini mempunyai satu identiti dalam Perlembagaan, sekali gus ubah corak landskap demokrasi berparlimen negara,” katanya.

KUALA LUMPUR: Hanya tujuh negeri yang telah melaksanakan Undang-undang Antilompat Parti sejak ia berkuat kuasa pada 5 Oktober tahun lalu.

Tujuh negeri tersebut ialah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kerajaan akan meneliti semula penambahbaikan terhadap undang-undang tersebut bagi memastikan ia dapat terus melindungi mandat rakyat dalam pemilihan wakil rakyat.

“Peruntukan seksyen 6 Akta A1663 memberikan ruang kepada Kerajaan Negeri/Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melaksanakan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti melalui pindaan Perlembagaan Negeri, tertakluk persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

“Sehingga kini, negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak telah menguatkuasakan Enakmen Negeri masing-masing berkaitan larangan bertukar parti di peringkat DUN,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Khamis.

Jelas Ahli Parlimen Pengerang itu, antara implikasi utama pelaksanaan undang-undang tersebut ialah Ahli Dewan tidak lagi ‘free agent’, dan parti politik kini mempunyai satu identiti dalam Perlembagaan, sekali gus mengubah corak landskap demokrasi berparlimen negara.

“Ini sedikit sebanyak telah membantu dalam usaha penubuhan Kerajaan Perpaduan pada hari ini,” katanya.

Mengenai usaha untuk menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang berkaitan antilompat parti bagi semua negeri, Azalina berkata, perkara itu berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sepenuhnya.

“Biar Kerajaan Negeri yang buat keputusan mereka, dan dalam hal ini adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri tersebut untuk membuat pindaan Perlembagaan negeri.

“Kerajaan Pusat tak boleh (campur) sebab isu lompat parti ini tidak berada dalam ‘concurrent list’ (senarai pelaksanaan serentak) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Azalina berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang memuktamadkan dasar dan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen untuk menjadikan perkhidmatan Parlimen berasingan daripada perkhidmatan awam, yang dikenali sebagai perkhidmatan Parlimen.

“Perkhidmatan Parlimen ini adalah amat penting dan merupakan satu progres yang baik dalam memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara Badan Perundangan dan Badan Eksekutif.

“Memorandum Jemaah Menteri mengenai perkara ini akan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Pada 28 Julai tahun lalu, Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua per tiga.

RUU yang digubal berasaskan lapan parameter utama itu diluluskan menerusi undi belah bahagian selepas dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending