Connect with us

Terkini

Tiada sebab hapus DLP di sekolah – NUTP

Program Dwibahasa (DLP) wajar diteruskan jika pelaksanaannya mengikut garis panduan sebenar yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM), namun perlu dipastikan bersifat pilihan dan bukan paksaan kepada sekolah.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada sebab hapus DLP di sekolah - NUTP
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Program Dwibahasa (DLP) wajar diteruskan jika pelaksanaannya mengikut garis panduan sebenar yang ditetapkan KPM, namun perlu dipastikan bersifat pilihan dan bukan paksaan kepada sekolah.
  • Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, berkata negara mempunyai pelbagai kategori sekolah, selain kepelbagaian dalam aspek kemampuan dan kesediaan termasuk dalam konteks untuk melaksanakan DLP.
  • Kriteria sekolah yang layak melaksanakan DLP adalah mempunyai sumber mencukupi, contohnya guru yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk mengajar mata pelajaran Sains atau Matematik dalam bahasa Inggeris.
  • “Paling penting sekali, pihak sekolah perlu menerima sekurang-kurangnya 15 permohonan secara bertulis daripada ibu bapa atau penjaga sebelum kelas yang melaksanakan DLP boleh dibuka,” katanya.

KUALA LUMPUR: Program Dwibahasa (DLP) wajar diteruskan jika pelaksanaannya mengikut garis panduan sebenar yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM), namun perlu dipastikan bersifat pilihan dan bukan paksaan kepada sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, berkata negara mempunyai pelbagai kategori sekolah, selain kepelbagaian dalam aspek kemampuan dan kesediaan termasuk dalam konteks untuk melaksanakan DLP.

Mengulas lanjut, katanya, kriteria sekolah yang layak untuk melaksanakan DLP adalah yang mempunyai sumber mencukupi, contohnya guru yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk mengajar mata pelajaran Sains atau Matematik dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, beliau berkata, sekolah terbabit juga perlu mempunyai bilik darjah atau bilik khas yang mencukupi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) DLP.

“Paling penting sekali, pihak sekolah perlu menerima sekurang-kurangnya 15 permohonan secara bertulis daripada ibu bapa atau penjaga sebelum kelas yang melaksanakan DLP boleh dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan persatuan ibu bapa dan guru yang membantah gesaan pemansuhan DLP yang membolehkan murid di sekolah terpilih mempelajari beberapa mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, pihak yang menggesa program DLP dimansuhkan lazimnya terdiri daripada golongan ‘ultranasionalis’ yang percaya pelajar mampu maju dengan bergantung kepada bahasa kebangsaan semata-mata.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata sekiranya diteliti syarat untuk melaksanakan DLP, tiada sebab pun untuk menghapuskan program ini dalam masa terdekat.

Cuma, katanya dalam aspek kebajikan guru, NUTP bimbang jika paksaan dibuat terhadap guru untuk mengajar dalam program ini sehinggakan mereka tertekan akibat paksaan dibuat.

“Pada masa sama, kami mendapat aduan ada sesetengah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membuat unjuran jumlah kelas di sekolah yang perlu mengadakan DLP yang akhirnya pihak sekolah terpaksa mengadakan DLP,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, perlu juga disedari status DLP sendiri hanyalah sekadar sebuah program dan bukannya bersifat dasar.

Dalam hal ini, katanya ia tidak sama seperti Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dahulunya bersifat dasar.

“Apabila disebut sebagai dasar, ia wajib dilaksanakan di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Namun memandangkan DLP bersifat program, pelaksanaannya adalah satu pilihan dan bukannya paksaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending