Connect with us

Terkini

Tiada ‘double standard’ banteras salah guna media sosial

Tidak timbul isu double standard atau ‘pilih kasih’ dalam usaha kerajaan membanteras penyalahgunaan media sosial.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada ‘double standard’ banteras salah guna media sosial
Foto: Fahmi Fadzil.
  • Tidak timbul isu double standard atau ‘pilih kasih’ dalam usaha kerajaan membanteras penyalahgunaan media sosial.
  • Menurut KKD tindakan penguatkuasaan yang diambil kerajaan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada serta aduan daripada masyarakat awam dan pihak yang terkesan, tanpa adanya unsur berat sebelah.
  • “Sekatan tidak akan dikenakan ke atas mana-mana individu untuk meluahkan perasaan atau pendapat selagi masih berada di dalam lingkungan dan batasan undang-undang. Ini bagi memastikan media sosial tidak disalah guna sehingga boleh mengancam keamanan dan kestabilan negara,” – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu double standard atau ‘pilih kasih’ dalam usaha kerajaan membanteras penyalahgunaan media sosial.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam memaklumkan kerajaan komited dalam memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap individu atau pihak tanpa mengira latar belakang dan pegangan politik, sekiranya didapati melakukan kesalahan undang-undang.

Menurut KKD tindakan penguatkuasaan yang diambil kerajaan adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada serta berdasarkan aduan daripada masyarakat awam dan pihak yang terkesan, tanpa adanya unsur berat sebelah.

“Sekatan tidak akan dikenakan ke atas mana-mana individu untuk meluahkan perasaan atau pendapat selagi masih berada di dalam lingkungan dan batasan undang-undang. Ini bagi memastikan media sosial tidak disalah guna sehingga boleh mengancam keamanan dan kestabilan negara,” menurut kementerian itu.

Kenyataan itu bagi menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang bertanyakan adakah kerajaan bersifat memilih dan bersikap double standard untuk membanteras isu di media sosial, iaitu akaun-akaun TikTok yang menyuarakan hak kebebasan politik pembangkang disekat, namun akaun-akaun Twitter yang menyebarkan pornografi atau akaun dark side tidak diambil tindakan.

KKD turut memaklumkan sebanyak 176 aduan diterima dan disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dari 2020 hingga 2022 berhubung kesalahan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Daripada jumlah tersebut, 22 kes telah didakwa di mahkamah dengan 19 kes telah selesai dan dijatuhkan hukuman denda dengan nilai keseluruhan yang berjumlah RM111,000 dan sebanyak tiga kes lagi dalam proses perbicaraan.

“Pihak MCMC juga telah melaporkan sejumlah 217 akaun yang didapati memuat naik kandungan-kandungan yang berunsur lucah kepada pihak Twitter dan kesemua akaun serta laman tersebut telah pun diturunkan,” menurut kementerian itu.

Selain itu, KKD memaklumkan sekatan terhadap platform media sosial bukan jalan penyelesaian mutlak selagi usaha pemantapan jati diri rakyat tidak dilaksanakan, memandangkan isu media sosial dark side berkait rapat dengan masalah sosial yang perlu ditangani secara menyeluruh.

Menurut KKD, usaha membasmi dan mencegah pengaruh negatif termasuk pornografi dan penyalahgunaan media sosial terutama dalam kalangan generasi muda adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan usaha bersepadu pelbagai pihak, khususnya ibu bapa dan penjaga.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending