Connect with us

Terkini

Terap perpaduan, keharmonian kaum dalam silibus pendidikan kanak-kanak

Pendedahan tentang perpaduan dan keharmonian kaum dicadang untuk diterapkan dalam silibus pendidikan peringkat sekolah supaya budaya tersebut dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat sejak usia kanak-kanak lagi.

Wartawan TMT

Published

on

Terap perpaduan, keharmonian kaum dalam silibus pendidikan kanak-kanak
Foto: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang..
  • Saranan tersebut merupakan komitmen KPN untuk memastikan masyarakat yang berbilang kaum dibentuk dengan sikap keharmonian sesama bangsa. – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
  • “Sekarang di bawah KPN, kita mulakan usaha ini di peringkat sekolah lagi sebab mereka yang baharu (masih muda) itu perlu diberikan pendedahan awal. 
  • “Sebab itu cadangan dipersetujui agar nilai keharmonian antara kaum diberikan pendedahan dalam silibus pendidikan seawal pendidikan awal taska, sekolah rendah dan juga sekolah menengah seterusnya di IPT dalam usaha memperkasakan nilai itu,” katanya.
  • “Pada masa yang sama kita mahu agar rakyat memahami dan menyokong usaha kerajaan sekaligus melahirkan masyarakat yang bertamadun,” ujarnya.

KUCHING: Pendedahan tentang perpaduan dan keharmonian kaum dicadang untuk diterapkan dalam silibus pendidikan peringkat sekolah supaya budaya tersebut dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat sejak usia kanak-kanak lagi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, saranan tersebut merupakan komitmen Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk memastikan masyarakat yang berbilang kaum dibentuk dengan sikap keharmonian sesama bangsa. 

“Sekarang di bawah KPN, kita mulakan usaha ini di peringkat sekolah lagi sebab mereka yang baharu (masih muda) itu perlu diberikan pendedahan awal. 

“Sebab itu cadangan tersebut dipersetujui agar nilai keharmonian antara kaum diberikan pendedahan dalam silibus pendidikan seawal pendidikan awal taska, sekolah rendah dan juga sekolah menengah seterusnya di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha memperkasakan nilai itu,” katanya ketika ditemui pada Program Harmoni sempena sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. 

Program tersebut menerima penglibatan pelbagai pihak dalam aktiviti kesukarelawanan termasuk agensi kerajaan, pemimpin tempatan, komuniti, mahasiswa IPT, pelajar sekolah, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT). 

Ia juga merupakan program anjuran bersama KPN melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di bawah Jabatan Primier Sarawak.

Tambanya, objektif utama penganjuran program tersebut bagi mempertingkatkan serta mengukuhkan persefahaman dan keharmonian antara penganut-penganut agama selain menyebar luas mesej toleransi, perpaduan dalam usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Aaron Ago menjelaskan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan teras enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

“Madani sendiri memadai konsep ke arah pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun. Kalau dulu setiap Perdana Menteri mempunyai wawasan masing-masing. 

“Pada masa yang sama kita mahu agar rakyat memahami dan menyokong usaha kerajaan sekaligus melahirkan masyarakat yang bertamadun,” ujarnya.

Terdahulu, dalam program yang bertemakan Malaysia Madani Dalam Kepelbagaian itu memberi manfaat kepada lebih 1,500 golongan yang kurang bernasib baik dari pusat kebajikan terpilih antaranya agihan sebanyak 260 Kotak Rahmah kepada warga emas.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending