Connect with us

Terkini

Sistem pendidikan negara bersifat berat sebelah, hanya ‘mesra’ murid pandai – Ahli Parlimen Kangar

Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa, sistem pendidikan negara terlalu berasaskan teori dan bersifat berat sebelah kerana hanya mesra kepada murid yang pandai.

Wartawan TMT

Published

on

Sistem pendidikan negara bersifat berat sebelah, hanya ‘mesra’ murid pandai – Ahli Parlimen Kangar
Foto: Zakri Hassan.
  • Sistem pendidikan negara tidak banyak berubah sejak lebih 30 tahun lalu tidak cenderung bantu pelajar yang ketinggalan menyebabkan ramai keciciran. – Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan
  • “Kajian dapati lebih 100,000 pelajar tercicir ketika ini, selain seramai 25,000 pelajar tidak hadir untuk duduki peperiksaan SPM, sekali gus timbulkan persoalan mengenai masa depan mereka yang tercicir dalam pendidikan.”
  • “Kita harus sedar, tak semua murid bijak dari segala segi. Ada murid lemah penulisan tapi lebih bersifat praktikal terutama di kelas belakang. Namun, sistem pendidikan sedia ada menyebabkan mereka ini menyumbang kepada peningkatan jumlah murid tercicir.”

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa, sistem pendidikan negara terlalu berasaskan teori dan bersifat berat sebelah kerana hanya mesra kepada murid yang pandai.

Zakri Hassan (PN-Kangar), yang berpengalaman selama 32 tahun sebagai guru berkata, sistem pendidikan negara yang tidak banyak berubah sejak lebih 30 tahun lalu tidak cenderung membantu pelajar yang ketinggalan menyebabkan ramai yang keciciran.

Beliau berkata, ada kajian mendapati lebih 100,000 pelajar tercicir ketika ini, selain seramai 25,000 pelajar tidak hadir untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan mereka yang tercicir dalam pendidikan.

“Kita harus sedar, tak semua murid bijak dari segala segi. Ada murid yang lemah dalam penulisan tetapi lebih bersifat praktikal terutama di kelas belakang. Namun, sistem pendidikan sedia ada menyebabkan mereka ini menyumbang kepada peningkatan jumlah murid tercicir.

“Ini disebabkan murid kelas belakang tidak diberi perhatian sewajarnya kerana Kementerian Pendidikan (KPM) hanya menjurus kepada pelajar yang cerdik dan bijak.

“Bayangkan untuk sebuah sekolah, ada enam kelas yang lemah, dengan setiap kelas ada 30 murid. Ini bermakna sudah ada 180 murid lemah di satu sekolah. Jika 10, 100, 1,000 sekolah, maka akan semakin ramai murid yang tercicir,” katanya ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas lanjut, Zakri melihat dasar dan perancangan yang dirangka KPM seolah-olah terpisah daripada realiti di lapangan, menyebabkan banyak perubahan yang dirancang gagal diterjemahkan di peringkat pelaksana.

“Selama 32 tahun saya babitkan diri sepenuh masa sebagai seorang pendidik, tiada perubahan besar dalam arena pendidikan di negara kita, bahkan masih di takuk lama, hampir sama seperti di zaman saya mula menjadi guru hingga kini menjadi Ahli Parlimen.

“Sistem pendidikan kita sejak dulu hanya berpaksikan peperiksaan. Guru mengajar hanya untuk pastikan silibus pelajaran yang ditetapkan, manakala murid belajar hanya untuk capai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Bagi KPM pula, apa yang penting hanyalah dokumentasi semata-mata,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending