Connect with us

Terkini

Sekolah kebangsaan diperkasa mampu tangani isu sekolah Cina, UEC – Ahli Akademik

Sekolah kebangsaan di Malaysia perlu diperkasakan untuk menangani isu pendidikan seperti sekolah Cina dan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) yang dibangkitkan Dong Zong sebelum ini.

Hidayah Sani

Published

on

Sekolah kebangsaan diperkasa mampu tangani isu sekolah Cina, UEC - Ahli Akademik
Foto: Dato Dr Mohammad Agus Yusoff.
  • Ahli Akademik, Dato Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, dengan memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia kita dapat mengekang ekstremisme. 
  • Beliau melihat isu pendidikan seolah-olah gagal menemui penyelesaian sekalipun pelbagai tampuk pemerintahan atau pemimpin bertukar ganti, namun isu seperti UEC, pendidikan Cina tiada perubahan.
  • Better resources, better teachers, better system, satu sesi (persekolahan) di akhirnya kalau kita mahu untuk mengurangkan ibu bapa hantar ke sekolah swasta ke sekolah bukan Melayu ini perbaiki sistem pendidikan dengan hal lain seperti ini,” katanya dalam klip video dikongsikan akaun TikTok duniamelayu, semalam.
  • Isu pendidikan ini hanya dapat diselesaikan sepenuhnya sekiranya semua pemimpin negara khususnya parti-parti politik di Malaysia bersatu hati untuk menyelesaikannya.

KUALA LUMPUR – Sekolah kebangsaan di Malaysia perlu diperkasakan untuk menangani isu pendidikan seperti sekolah Cina dan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) yang dibangkitkan Dong Zong sebelum ini.

Ahli Akademik, Dato Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, dengan memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia kita dapat mengekang ekstremisme. 

Beliau melihat isu pendidikan seolah-olah gagal menemui penyelesaian sekalipun pelbagai tampuk pemerintahan atau pemimpin bertukar ganti, namun isu seperti UEC, pendidikan Cina tiada perubahan.

Katanya, permasalahan ini berlanjutan juga berikutan sistem pendidikan kita tiada unsur bertolak ansur dan tidak fokus dalam menyelesaikan isu terkait.

Benda ini mudah kita selesaikan sebenarnya kalau kita ada better resources,  ada better teachers untuk sekolah kerajaan, kalau kita boleh buat sekolah satu sesi banyak masalah boleh selesai, tetapi kenapa orang pergi hantar (anak) ke sekolah Cina? 

“Ramai orang Melayu hantar (anak) ke sekolah Cina, sepupu saya hantar anak ke sekolah Cina saya tanya kenapa? 

Better resources, better teachers, better system, satu sesi (persekolahan) di akhirnya kalau kita mahu untuk mengurangkan ibu bapa hantar ke sekolah swasta ke sekolah bukan Melayu ini perbaiki sistem pendidikan dengan hal lain seperti ini,” katanya dalam klip video dikongsikan akaun TikTok duniamelayu, semalam.

Menurutnya, hanya melalui usaha sebegitu kita akan melihat secara perlahan-lahan isu sekolah Cina ini terhapus selepas sekolah kebangsaan diperkasakan.

Bagaimanapun, katanya, isu pendidikan ini hanya dapat diselesaikan sepenuhnya sekiranya semua pemimpin negara khususnya parti-parti politik di Malaysia bersatu hati untuk menyelesaikannya.

Media sebelum ini melaporkan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), beberapa tahun lalu supaya UEC diiktiraf. 

Gesaan itu mendapat pelbagai reaksi di mana sebahagian pihak menegaskan pendirian bahawa UEC bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). – The Merdeka Times

Sumber : Tiktok @duniamelayu

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending