Connect with us

Terkini

Sekolah agama digalak daftar bawah KPM bagi mudahkan terima bantuan kerajaan

Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan sekolah agama mendaftar sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) bagi memudahkan mereka menerima manfaat bantuan daripada kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

Sekolah agama digalak daftar bawah KPM bagi mudahkan terima bantuan kerajaan
Foto: Fadhlina Sidek.
  • Sekolah agama yang berhasrat untuk berdaftar sebagai SABK, perlu kemukakan permohonan pada KPM. – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek 
  • “Sekolah yang ingin berdaftar perlu penuhi syarat ditetapkan termasuk mempunyai premis sendiri dan dibina di atas tanah wakaf atau tanah kerajaan negeri, serta penuhi syarat keselamatan ditetapkan PBT.
  • “Sekolah yang ingin berdaftar juga hendak melaksanakan kurikulum kebangsaan sebagaimana ditetapkan di bawah Akta 550 dan apa-apa kurikulum dibenarkan KPM.
  • “Sekolah juga hendaklah melaksanakan kokurikulum sebagaimana ditetapkan kerajaan Malaysia di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan lain,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan sekolah agama mendaftar sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) bagi memudahkan mereka menerima manfaat bantuan daripada kerajaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sekolah agama yang berhasrat untuk berdaftar sebagai SABK, perlu mengemukakan permohonan kepada KPM.

Katanya, sejak 2004 hingga 31 Januari lalu hanya 229 sekolah agama berdaftar sebagai SABK.

“Sekolah yang ingin berdaftar perlu memenuhi syarat ditetapkan termasuk mempunyai premis sendiri dan dibina di atas tanah wakaf atau tanah kerajaan negeri, serta memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sekolah yang ingin berdaftar juga hendaklah melaksanakan kurikulum kebangsaan sebagaimana ditetapkan di bawah Akta 550 dan apa-apa kurikulum yang dibenarkan KPM.

“Sekolah juga hendaklah melaksanakan kokurikulum sebagaimana ditetapkan kerajaan Malaysia di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) sama ada kementerian bercadang mendaftarkan semua sekolah agama dan apakah kaedah bagi memastikan sekolah ini dapat didaftarkan supaya layak menerima bantuan kerajaan.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM amat peka atas keperluan pendaftaran sekolah agama dengan pihak kerajaan.

“Sesi perbincangan dua hala dan libat urus KPM dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa agama negeri akan terus dilaksanakan bagi memastikan sekolah agama dapat didaftarkan.

“Ini bagi melayakkan sekolah itu menerima bantuan dan ditadbir urus dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, Seksyen 79 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menetapkan semua institusi pendidikan hendaklah didaftarkan di bawah akta ini.

“Bagaimanapun, bagi institusi pendidikan yang menjalankan pendidikan agama semata-mata adalah terkecuali daripada tafsiran akta ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending