Connect with us

Terkini

Segera tubuhkan tribunal anti-gangguan seksual – NGO

Pertubuhan wanita mahu dana diperuntukan dalam Belanjawan 2023 bagi penubuhan tribunal bagi anti-gangguan seksual, termasuk segera melakukan lantikan ahli panelnya.

Wartawan TMT

Published

on

Segera tubuhkan tribunal anti-gangguan seksual – NGO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Timbalan Presiden All Women’s Action Society (Awam), Ng May Yee, berkata tribunal itu perlu ditubuhkan susulan penggazetan Akta Anti-Gangguan Seksual Oktober lalu.
  • “Dengan itu, mangsa gangguan seksual boleh mengemukakan ganti rugi bagi menjimatkan kos, pantas dan melindungi privasi mereka,” katanya.
  • Tribunal itu terkandung dalam Akta Anti-Gangguan Seksual, diluluskan Parlimen Julai tahun lalu, sebagai pemudah cara bagi mangsa memfailkan dakwaan gangguan seksual.

PETALING JAYA: Pertubuhan wanita mahu dana diperuntukan dalam Belanjawan 2023 bagi penubuhan tribunal bagi anti-gangguan seksual, termasuk segera melakukan lantikan ahli panelnya.

Timbalan Presiden All Women’s Action Society (Awam), Ng May Yee, berkata tribunal itu perlu ditubuhkan susulan penggazetan Akta Anti-Gangguan Seksual, Oktober lalu.

“Dengan itu, mangsa gangguan seksual boleh mengemukakan ganti rugi bagi menjimatkan kos, pantas dan melindungi privasi mereka,” katanya kepada FMT.

Tribunal itu terkandung dalam Akta Anti-Gangguan Seksual, yang diluluskan Parlimen Julai tahun lalu, sebagai pemudah cara bagi mangsa memfailkan dakwaan gangguan seksual.

Ng juga menuntut kerajaan mengasingkan dana bagi tujuan pengumpulan data mengenai keperluan haid wanita dan remaja perempuan untuk menyelesaikan kemiskinan haid.

Di bawah Belanjawan 2022, kerajaan terdahulu menyediakan bantuan bulanan bagi kit asas kebersihan diri mengandungi tuala wanita melibatkan kira-kira 130,000 remaja dari kumpulan B40, yang tidak mempunyai akses kepada produk itu kerana kekangan kewangan.

“Walaupun kami memuji inisiatif kerajaan menyediakan produk kebersihan bagi menangani isu berkenaan, kecekapannya akan menjadi terhad, melainkan inisiatif itu berasaskan pemahaman menyeluruh keperluan haid wanita dan remaja perempuan,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto, menggesa kerajaan menyediakan lebih banyak dana bagi pembangunan program membantu wanita kembali bangkit dari sudut ekonomi, susulan pandemik Covid-19.

Katanya, ramai wanita berkemampuan menanggung kehidupan mereka sendiri sebelum pandemik, namun kini berada jatuh dalam kategori B40 daripada M40 sekali gus memerlukan bantuan kerajaan.

“Sebagai contoh, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang mempunyai program dipanggil Wanita Jana Rezeki yang mana dana terhad diberikan kepada wanita yang menjadikan rumah mereka sebagai premis perusahaan kecil mengeluarkan produk untuk dijual,” katanya.

Perbadanan itu juga menyediakan geran, latihan perakaunan dan penggunaan internet demi membantu wanita mengembangkan perniagaan.

Pengurus Khidmat Women’s Centre of Change (WCC), Mangleswary Subramaniam, mahu kerajaan membina lebih banyak rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak, terutama di negeri utara. Pada 2017, didedahkan hanya terdapat tiga rumah perlindungan di Pulau Pinang, semuanya diuruskan NGO.

Mangleswary berkata, beberapa rumah perlindungan dikendalikan NGO tidak mempunyai dana mencukupi untuk menerima lebih ramai mangsa.

“Disebabkan itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terpaksa memisahkan ibu dan anak mereka dengan menempatkan wanita di rumah orang tua, manakala anak-anak mereka di pusat perlindungan kanak-kanak,” katanya sambil menyatakan tindakan itu menambah trauma mangsa.

Belanjawan 2023 dijadual dibentang pada 24 Feb.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending