Connect with us

Terkini

Sabah tukar nama dua kementerian peringkat negeri

Kabinet Sabah pada mesyuarat mingguannya semalam meluluskan penukaran nama dua kementerian negeri dan menyelaraskan tugas serta hal yang berkaitan dengan kementerian persekutuan di bawah menteri negeri.

Wartawan TMT

Published

on

Sabah tukar nama dua kementerian peringkat negeri
Foto: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor
  • Dua kementerian ditukar nama ialah Kementerian Pertanian dan Perikanan dikenali sebagai Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI) serta Kementerian Pembangunan Perindustrian ditukar kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri.
  • Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, keputusan itu memastikan objektif, fungsi dan peranan kedua-dua kementerian lebih jelas, terutama berhubung keselamatan makanan dan kepentingan usahawan termasuk usahawan kecil dan sederhana.
  • “Kerajaan Negeri juga memutuskan untuk menyelaraskan bidang kuasa setiap anggota Kabinet negeri dengan kementerian yang ada di Persekutuan.

 

KOTA KINABALU: Kabinet Sabah pada mesyuarat mingguannya semalam meluluskan penukaran nama dua kementerian negeri dan menyelaraskan tugas serta hal yang berkaitan dengan kementerian persekutuan di bawah menteri negeri.

Dua kementerian yang ditukar nama ialah Kementerian Pertanian dan Perikanan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI) serta Kementerian Pembangunan Perindustrian yang ditukar kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keputusan itu bagi memastikan objektif, fungsi dan peranan kedua-dua kementerian lebih jelas, terutama berhubung keselamatan makanan dan kepentingan usahawan termasuk usahawan kecil dan sederhana.

Katanya, penyelarasan tugas menteri mengikut portfolio persekutuan pula selaras dengan rombakan Kabinet negeri baru-baru ini dan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

“Kerajaan Negeri juga memutuskan untuk menyelaraskan bidang kuasa setiap anggota Kabinet negeri dengan kementerian yang ada di Persekutuan.

“Berikutan itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Persekutuan akan berada di bawah bidang kuasa Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri MAFFI, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, manakala Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Persekutuan di bawah Timbalan Ketua Menteri II yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

“Kementerian Kerja Raya Persekutuan pula diletakkan di bawah Timbalan Ketua Menteri III selaku Menteri Kerja Raya negeri, Datuk Shahelmey Yahya manakala Kementerian Kewangan Persekutuan di bawah Menteri Kewangan negeri, Datuk Masidi Manjun,” katanya.

Hajiji berkata, hal berkaitan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pula diletakkan di bawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Jahid Jahim, manakala Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di bawah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew.

Seterusnya, beliau berkata hal berkaitan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diletakkan di bawah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Menteri Keusahawanan negeri, Phoong Jin Zhe.

Bagi hal berkaitan Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan, katanya tanggungjawab itu diletakkan di bawah Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Ellron Angin, manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Komunikasi dan Digital; Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan diletakkan di bawah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Arifin Arif.

Sementara itu, Hajiji berkata, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib akan menjaga Kementerian Kesihatan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kementerian Perpaduan Negara.

Hajiji berkata kerajaan negeri juga melantik pengerusi penganjur bagi pelbagai sambutan dan acara perayaan negeri yang tugasnya turut diserahkan kepada menteri negeri.

Katanya, Mohd Arifin akan mempengerusikan penganjuran program Maulidur Rasul, Tilawah Al-Quran, Maal Hijrah dan Hari Raya Aidilfitri, manakala Jeffrey bagi sambutan Kaamatan.

Selain itu, Masidi pula dipilih mempengerusikan sambutan Hari Kebangsaan, diikuti Christina sebagai pengerusi bagi sambutan Hari Malaysia dan Dr Joachim bagi program ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending