Connect with us

Terkini

PM mahu Belanjawan 2023 yakinkan pelabur, beri rahmah kepada rakyat

Kerajaan kini sedang sibuk menyediakan rangka Belanjawan 2023 di mana ia akan memberi fokus untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi keyakinan pelabur seterusnya berupaya memberi rahmah kepada rakyat secara menyeluruh.

Wartawan TMT

Published

on

PM mahu Belanjawan 2023 yakinkan pelabur, beri rahmah kepada rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mahu beri mesej jelas bahawa penyediaan belanjawan berkenaan bukan sahaja mengambil kira kedudukan ekonomi mencabar, tetapi sesuatu yang boleh memacu pertumbuhan serta meyakinkan pelabur.
  • “Ini satu cabaran yang sangat rumit di mana kita boleh meyakinkan golongan kaya untuk melabur dan kumpulan miskin mendapat faedah kerana kadang-kadang ada pembenturan idea. Jadi, dasar perimbangan penting kerana ia asas dalam al-Quran.
  • “Kalau semua ini diimbangi, itu contoh terbaik manusia bagaimana kita dapat terjemah Madani. Kita sebut Madani, mahu pacu pertumbuhan, tetapi tidak peduli ihsan, rahmah, ia tidak mungkin tercapai,” katanya.

 

PUTRAJAYA – Kerajaan kini sedang sibuk menyediakan rangka Belanjawan 2023 di mana ia akan memberi fokus untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi keyakinan pelabur seterusnya berupaya memberi rahmah kepada rakyat secara menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mahu memberi mesej jelas bahawa penyediaan belanjawan berkenaan bukan sahaja mengambil kira kedudukan ekonomi mencabar, tetapi sesuatu yang boleh memacu pertumbuhan serta meyakinkan pelabur.

“Ini satu cabaran yang sangat rumit di mana kita boleh meyakinkan golongan kaya untuk melabur dan kumpulan miskin mendapat faedah kerana kadang-kadang ada pembenturan idea. Jadi, dasar perimbangan penting kerana ia asas dalam al-Quran.

“Kalau semua ini diimbangi, itu contoh terbaik manusia bagaimana kita dapat terjemah Madani. Kita sebut Madani, mahu pacu pertumbuhan, tetapi tidak peduli ihsan, rahmah, ia tidak mungkin tercapai,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan di sini tadi.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, fokus kerajaan ketika ini bukan melibatkan soal kaum atau daerah, tetapi terarah kepada kumpulan rakyat.

“Kalau dia miskin tegar, dia bukan angka. Di Kementerian Kewangan hidup dengan angka, data dan statistik, tapi jangan dia pukau kita, umpanya statistik miskin tegar dahulu 30 peratus, sekarang lima peratus dan kita kata kejayaan besar.

“Benar, kalau Datuk Johan (Timbalan Ketua Perbendaharaan, Dasar) masuk kategori lima peratus itu, tentu tidak menyenangkan beliau. Kita mesti cari jalan untuk memberikan sedikit keselesaan kepada mereka.

“Angka, data dan statistik penting, tetapi jangan memukau serta beri keselesaan kerana kalau kita masuk kategori itu, mungkin tidak akan maafkan sistem. Saya tidak mahu merasa tidur nyenyak, kalau orang merasa tersisih serta tidak dipedulikan pemimpin negara,” katanya.

Susulan itu, Anwar berharap pihaknya dapat mendepani beberapa masalah dalam Belanjawan 2023 seterusnya tidak berselindung dan memberikan kenyataan samar kepada rakyat.

“Kalau ada masalah hutang sekian, beritahu. Masalah kita harus hadapi bersama, keperitan ini jelaskan dan kemudian beritahu beberapa tindakan yang mahu dicadangkan atau diusulkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending