Connect with us

Antarabangsa

Pesakit Yahudi ‘terganggu’ karya seni, Hospital di London turunkan lukisan kanak-kanak Gaza

Sebuah hospital menurunkan karya seni dilukis kanak-kanak Palestin dari Gaza selepas menerima aduan daripada badan kebajikan British pro-Israel, lapor Middle East Eye.

Wartawan TMT

Published

on

Pesakit Yahudi 'terganggu' karya seni, Hospital di London turunkan lukisan kanak-kanak Gaza
Gambar lukisan kanak-kanak Gaza di Hospital London.
  • Sebuah hospital menurunkan karya seni dilukis kanak-kanak Palestin dari Gaza selepas menerima aduan daripada badan kebajikan British pro-Israel.
  • Hospital itu diminta menurunkan karya seni selepas mendapat aduan bagi pihak beberapa pesakit Yahudi, yang mendakwa “mereka merasa terganggu dengan karya seni ini”.
  • Karya seni itu dilukis kanak-kanak di dua sekolah dikendalikan UNRWA di Gaza dan dilukis semula ke atas pinggan oleh kanak-kanak di sekolah Hospital Komuniti Chelsea.
  • Kanak-kanak di kedua-dua sekolah Gaza itu dituduh diajar dengan ideologi Hamas yang tertanam dalam kurikulum mereka. – UKLFI

LONDON – Sebuah hospital menurunkan karya seni dilukis kanak-kanak Palestin dari Gaza selepas menerima aduan daripada badan kebajikan British pro-Israel, lapor Middle East Eye.

Menurut kenyataan Peguam-peguam UK untuk Israel (UKLFI), hospital itu diminta menurunkan paparan itu selepas mendapat aduan NGO terbabit bagi pihak beberapa pesakit Yahudi yang mendakwa “mereka merasa terganggu dengan karya seni itu”.

Karya seni itu merangkumi paparan pinggan berhias dengan ilustrasi kepentingannya. Dengan tajuk “Crossing Borders – a festival of Plates”, karya seni itu dipaparkan di pintu masuk ke bahagian pesakit luar untuk kanak-kanak di Hospital Chelsea dan Westminster.

Karya seni itu dilukis kanak-kanak di dua sekolah dikendalikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Gaza dan dilukis semula ke atas pinggan oleh kanak-kanak di sekolah Hospital Komuniti Chelsea.

Kapsyen bagi salah satu pinggan paparan ialah: “Cabang zaitun adalah simbol keamanan dan digunakan untuk menyatakan hasrat untuk kemerdekaan Palestin.”

Kumpulan itu berkata: “Lukisan-lukisan dari Gaza semuanya kelihatan seperti karya seni profesional, dalam gaya yang sama, dan dilakukan oleh orang yang sama,” walaupun ianya dikatakan dilukis kanak-kanak di Sekolah Perempuan Beit Lahia dan Sekolah Lelaki Prep A di Gaza.

UKLFI berkata dalam aduan itu beberapa karya seni memaparkan Palestin meliputi seluruh kawasan Israel.

Menurut UKLFI lagi, kanak-kanak di kedua-dua sekolah Gaza itu didakwa diajar dengan ideologi Hamas yang tertanam dalam kurikulum mereka.

“Hakikat orang dewasa merasakan karya seni oleh kanak-kanak menakutkan, bahawa UKLFI boleh mengeluarkan aduan dan akhirnya bagi hospital bertindak menurunkan karya seni itu adalah benar-benar pelik,” kata Anas Altikriti, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Cordoba, kumpulan penyelidikan yang berpangkalan di UK.

Sumber: Middle East Eye

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending