Connect with us

Terkini

Perlu ada keseimbangan dalam laporan sumber tidak didedahkan identiti

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menyarankan agar pengamal media mencari titik keseimbangan dalam laporan berita yang melibatkan sumber tidak didedahkan identitinya.

Wartawan TMT

Published

on

Perlu ada keseimbangan dalam laporan sumber tidak didedahkan identiti
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil, berkata perkara tersebut perlu dilakukan bagi memastikan sumber dipetik memberikan fakta yang sahih dan tidak menimbulkan fitnah.
  • Beliau menjelaskan, kerajaan menyedari media atau wartawan mempunyai hak tertentu dalam menjalankan tugas masing-masing.
  • “Mungkin perlu ada titik keseimbangan antara sumber yang dikatakan benar atau tidak benar. Kita juga ambil maklum ada kalangan wartawan, mereka ada hak untuk memastikan keselamatan identiti sumber mereka tapi ia perlu diseimbangkan dengan isu fitnah,” katanya.

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menyarankan agar pengamal media mencari titik keseimbangan dalam laporan berita yang melibatkan sumber tidak didedahkan identitinya.

Beliau menjelaskan, perkara tersebut perlu dilakukan bagi memastikan sumber yang dipetik itu memberikan fakta yang sahih dan tidak menimbulkan fitnah.

Pada masa sama, Fahmi menjelaskan kerajaan menyedari media atau wartawan mempunyai hak tertentu dalam menjalankan tugas masing-masing.

“Mungkin perlu ada titik keseimbangan antara sumber yang dikatakan benar atau tidak benar. Kita juga ambil maklum ada kalangan wartawan, mereka ada hak untuk memastikan keselamatan identiti sumber mereka tapi ia perlu diseimbangkan dengan isu fitnah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Shahidan mencadangkan kerajaan mengekang media daripada menyiarkan laporan yang memetik sumber tidak didedahkan identitinya.

Menurut beliau larangan itu wajar bagi mengelakkan sebarang salah lapor daripada media disebabkan mendapatkan maklumat yang tidak sahih.

“Terdapat wartawan yang mengatakan perkataan sumber tetapi sumber itu betul, kenapa kita tidak bagi syarat perkataan sumber tidak boleh disebut?

“Jadi adakah akan dipastikan tidak ada pemberitaan mengikut sumber tetapi mengikut sebenarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu Dewan Rakyat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memanggil pengurusan sebuah syarikat televisyen berhubung kandungan berita yang dikaitkan dengan fitnah.

Beliau memaklumkan, syarikat tersebut telah enam kali melanggar pelanggaran di bawah Akta 588 termasuk lima kesalahan ketika pentadbiran sebelum ini.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending