Connect with us

Terkini

Penubuhan tiga jawatankuasa dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan amat wajar

Penubuhan tiga jawatankuasa dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan dilihat amat wajar dan adil untuk mewakili pandangan keputusan semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan.

Wartawan TMT

Published

on

Penubuhan tiga jawatankuasa dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan amat wajar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Kiri), & Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Bilcher Bala
  • Penganalisis Politik daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Bilcher Bala yang puji keputusan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti kerajaan.
  • “Kerajaan Perpaduan adalah gabungan parti politik berlainan falsafah memandangkan sebelum ini gabungan parti ini bermusuh antara satu sama lain.
  • “Justeru, pandangan satu pihak parti sahaja tidak boleh mewakili pandangan keputusan pihak kerajaan. Apatah realiti Perdana Menteri ke-10 adalah dari satu pihak parti. Maka dengan wujudnya sekretariat, saya lihat amat wajar dan mewakili pandangan keputusan semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan secara adil,” katanya.

 

KUALA LUMPUR: Penubuhan tiga jawatankuasa dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan dilihat amat wajar dan adil untuk mewakili pandangan keputusan semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan.

Demikian kata Penganalisis Politik daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Bilcher Bala yang memuji keputusan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti kerajaan.

“Kerajaan Perpaduan adalah gabungan parti politik berlainan falsafah memandangkan sebelum ini gabungan parti ini bermusuh antara satu sama lain.

“Oleh kerana itu, hal pandangan keputusan dilihat amat sensitif. Nama Kerajaan Perpaduan itu nyaman, tetapi hakikatnya adalah Kerajaan Campuran.

“Justeru, pandangan satu pihak parti sahaja tidak boleh mewakili pandangan keputusan pihak kerajaan. Apatah realiti Perdana Menteri ke-10 adalah dari satu pihak parti. Maka dengan wujudnya sekretariat, saya lihat amat wajar dan mewakili pandangan keputusan semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan secara adil,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Bilcher turut memberi contoh situasi baharu berlaku iaitu insiden membakar kitab suci al-Quran di Sweden, Stockholm, bulan lalu.

“Saya ambil contoh isu berkenaan. Pandangan keputusan harus dikeluarkan daripada sektretariat dan bukan Kementerian Luar yang diketuai menteri daripada parti tertentu.

“Ini termasuk isu agihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) juga dapat diselaraskan oleh sekretariat agar mengelak perselisihan komponen parti. Begitu juga isu kos hidup rakyat.

“Pendek kata, Perdana Menteri guna strategi pengurusan politik melalui sekretariat agar jika pandangan keputusan salah dan benar bukanlah dari beliau tetapi dari kolektif kerajaan melalui Sekretariat Perpaduan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan penubuhan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti dalam kerajaan iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.

 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending