Connect with us

Terkini

Pemuda dipenjara 6 tahun lakukan seks luar tabii terhadap kanak-kanak

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap seorang lelaki atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap adik tiri perempuan pada 2018.

Wartawan TMT

Published

on

Pemuda dipenjara 6 tahun lakukan seks luar tabii terhadap kanak-kanak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap seorang lelaki atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap adik tiri perempuan pada 2018.
  • Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap mangsa yang berusia lapan tahun ketika kejadian. 
  • Lelaki itu dipenjara berkuat kuasa bermula 15 November lalu bermula tarikh penahanannya, selain diarah mengikuti sesi kaunseling di penjara dan perlu berada dalam pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman terbabit.
  • Lelaki berkenaan melakukan persetubuhan itu di sebuah rumah pangsa, Jalan Sungai Baru, Kampung Baru di sini, pada 2018. 

 

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap seorang lelaki atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap adik tiri perempuan pada 2018.

Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh mengaku bersalah atas perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia lapan tahun ketika kejadian.

Lelaki itu dipenjara berkuat kuasa bermula 15 November lalu bermula tarikh penahanannya, selain diarah mengikuti sesi kaunseling di penjara dan perlu berada dalam pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman terbabit.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan melakukan persetubuhan itu di sebuah rumah pangsa, Jalan Sungai Baru, Kampung Baru di sini, pada 2 petang, pada 2018.

Pendakwaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana tiada pekerjaan tetap dan perlu menyara dua adiknya berusia 20 serta 18 tahun.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Julaila Jamaludin, memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

“Ketika kejadian mangsa berusia lapan tahun dan sebagai abang, dia sepatutnya menjaga serta mendidik adik yang masih kecil dengan perkara yang baik bukan bertindak sedemikian.

“Akta kanak-kanak masih terpakai kerana semasa kejadian tertuduh berusia 18 tahun dan masih lagi seorang kanak-kanak,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending