Connect with us

Terkini

Pelajar tidak setuju sekolah mula 8 pagi – Tinjauan

Majoriti pelajar di 55 buah sekolah Ikram seluruh negara menyatakan pandangan tidak bersetuju terhadap cadangan pertukaran sesi persekolahan kepada pukul 8 pagi.

Wartawan TMT

Published

on

Pelajar tidak setuju sekolah mula 8 pagi – Tinjauan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan Ikram Malaysia, Prof. Dr. Omar Yaakob berkata, tinjauan awal itu melibatkan seramai 19,000 pelajar.
  • “Kebanyakan ibu bapa, permulaan persekolahan pada pukul 7.30 pagi tidak timbulkan masalah besar.”
  • Sebelum ini, media laporkan sebanyak 57.2 peratus bersetuju dengan cadangan melanjutkan sesi berkenaan manakala 42.8 peratus lagi tidak bersetuju. Kesimpulan dibuat menerusi undian di Twitter itu adalah tidak wajar dijadikan sebagai rujukan.
  • “Saya sangsi dengan kesimpulan yang dibuat kerana segmen pengguna Twitter biasanya terdiri dari golongan professional yang tidak mewakili sebahagian besar ibu bapa,” katanya.

 

PETALING JAYA – Majoriti pelajar di 55 buah sekolah Ikram seluruh negara menyatakan pandangan tidak bersetuju terhadap cadangan pertukaran sesi persekolahan kepada pukul 8 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan Ikram Malaysia, Prof. Dr. Omar Yaakob berkata, tinjauan awal itu melibatkan seramai 19,000 pelajar.

“Perubahan jadual waktu persekolahan merupakan sesuatu yang besar. Walaupun 30 minit, ia memerlukan kajian yang lebih saintifik dan professional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, bagi kebanyakan ibu bapa, permulaan persekolahan pada pukul 7.30 pagi tidak menimbulkan masalah besar.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 57.2 peratus bersetuju dengan cadangan melanjutkan sesi berkenaan manakala 42.8 peratus lagi tidak bersetuju.

Bagaimanapun, Omar berkata, kesimpulan yang dibuat menerusi undian di Twitter itu adalah tidak wajar dijadikan sebagai rujukan.

“Saya sangsi dengan kesimpulan yang dibuat kerana segmen pengguna Twitter biasanya terdiri dari golongan professional yang tidak mewakili sebahagian besar ibu bapa.

“Saiz sampel juga terlalu kecil digunakan sebagai dapatan iaitu hanya 278,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Kementerian Pendidikan dicadangkan memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula pukul 8 pagi.

Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian dan Kesejahteraan, Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, cadangan itu adalah selaras atau meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’. – KOSMO! ONLINE

 

Sumber: KOSMO

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending