Connect with us

Terkini

Ops Pasar: 60 notis untuk analisis, siasat kenaikan harga sayuran dikeluarkan KPDN

KPDN mengeluarkan 60 notis terhadap 296 jenis barangan yang telah diperiksa bagi tujuan analisis dan siasatan melalui Ops Pasar.

Wartawan TMT

Published

on

Ops Pasar: 60 notis untuk analisis, siasat kenaikan harga sayuran dikeluarkan KPDN
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KPDN mengeluarkan 60 notis terhadap 296 jenis barangan bagi tujuan analisis dan siasatan berhubung kenaikan harga sayur-sayuran melalui Operasi Pasar (Ops Pasar).
  • Hasil pemeriksaan mendapati faktor peningkatan harga sayur-sayuran kerana musim monsun, kenaikan kos input seperti baja, benih dan racun yang diimport, kadar pertukaran mata wang serta kos perkapalan. – Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam
  • Ops Pasar merupakan antara pemeriksaan dan pemantauan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang difokuskan bagi menangani kenaikan harga sayuran di pasaran.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan 60 notis terhadap 296 jenis barangan yang telah diperiksa bagi tujuan analisis dan siasatan berhubung kenaikan harga sayur-sayuran melalui Operasi Pasar (Ops Pasar).

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata hasil pemeriksaan awal mendapati faktor peningkatan harga sayur-sayuran kerana musim monsun, kenaikan kos input seperti baja, benih dan racun yang diimport, kadar pertukaran mata wang serta kos perkapalan.

Beliau berkata pihaknya memandang serius rungutan orang ramai berkenaan kenaikan harga barangan termasuk sayur-sayuran seperti dilaporkan media arus perdana dan media sosial.

“Kementerian sentiasa prihatin dan berusaha menangani isu-isu ini melalui tindakan-tindakan proaktif dan penguatkuasaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Ops Pasar merupakan antara pemeriksaan dan pemantauan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang difokuskan bagi menangani kenaikan harga sayuran di pasaran.

Azman berkata seramai 2,200 pegawai penguat kuasa digerakkan setiap hari bagi melaksanakan pemeriksaaan harga di premis seluruh negara termasuk yang menjual sayur-sayuran.

Selain itu, beliau berkata pihaknya sentiasa melaksanakan sesi libat urus dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta pihak peniaga bagi memastikan bekalan sedia ada sentiasa mencukupi.

“Kementerian ini juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga secara keterlaluan. Jika ada pihak yang didapati melanggar perundangan berkaitan akan dikenakan tindakan yang tegas,” katanya.

Pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada KPDN melalui WhatsApp di 019-2794317 atau 019-8488000; Portal Aduan e-aduan.kpdnhep.gov.my; Pusat Panggilan 1-800-886-800; emel [email protected] dan Ez ADU KPDN.

Sumber: BERNAMA

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending