Connect with us

Terkini

NUTP mohon KPM tawar semula jawatan guru sandaran

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon supaya Kementerian Pendidikan (KPM) menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru termasuk di Sabah dan Sarawak.

Wartawan TMT

Published

on

NUTP mohon KPM tawar semula jawatan guru sandaran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Berdasar kajian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendapati faktor kekurangan guru disebabkan pertambahan sekolah baharu, pertambahan murid dan kelas, persaraan awal dan wajib serta faktor kesihatan guru. – Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon 
  • “Sudah lama KPM tidak tawarkan program guru sandaran, dahulu ia ditawarkan bagi tempoh kira-kira setahun hingga dua tahun kepada calon sesuai selepas tamat universiti, pengajian peringkat diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia… ini dapat tampung kekosongan.”
  • “Tapi sekarang sudah tiada sedangkan keperluan masih ada… mungkin menteri (pendidikan) boleh pertimbangkan sementara waktu ini lantik guru sandaran, kalau kata ada lambakan para graduan pendidikan, walaupun tidak ikut opsyen sesuai, sekurang-kurangnya  boleh kendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

 

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon supaya Kementerian Pendidikan (KPM) menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru termasuk di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon berkata, berdasarkan kajian dilaksanakan NUTP mendapati faktor kekurangan guru antaranya disebabkan pertambahan sekolah baharu, pertambahan murid dan kelas, persaraan awal dan wajib serta faktor kesihatan guru.

“Saya kira sudah lama KPM tidak tawarkan program guru sandaran, dahulu ia ditawarkan bagi tempoh kira-kira setahun hingga dua tahun kepada calon yang sesuai selepas tamat universiti, pengajian peringkat diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia… ini dapat menampung kekosongan yang ada.

“Tetapi sekarang sudah tiada sedangkan keperluan masih ada… mungkin menteri (pendidikan) boleh pertimbangkan untuk sementara waktu ini lantik guru sandaran, kalau kata ada lambakan para graduan pendidikan, walaupun tidak ikut opsyen sesuai, sekurang-kurangnya mereka boleh kendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Malaysia Petang Ini yang membincangkan Isu Kekurangan Guru: Di manakah Noktahnya? terbitan Bernama TV hari ini.

Dalam pada itu, Fouzi berkata, kekurangan guru di Sabah dan Sarawak antaranya disebabkan dasar hanya 10 peratus kuota guru dari Semenanjung yang boleh ditempatkan di wilayah berkenaan.

Justeru, beliau berharap pihak kerajaan negeri tersebut bersedia membuka kuota yang lebih banyak untuk ditawarkan kepada graduan pendidikan bagi menampung keperluan semasa. – BERNAMA

 

Sumber: BERNAMA

Author

Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending